JaJa'Z Latest Stories

Friday, July 16, 2010

Bila Guru Dah Jadi Kaunselor...

Assalamualaikum
Salam hari jumaat..kejap jek dah habis seminggu sekolah kan..
tau2 dah nak menjengah hujung minggu plak
rasanya hujung minggu ni nak berehat sepuas2nya..

Kalau dah nama kerjaya sebagai guru ni sebenarnya bukan setakat mengajar jek
kita lah kerani,kita lah pegawai kewangan,kita lah doktor,
kita lah tukang kebun,kitalah polis...
macam2 tugas sebenarnya seorang guru kena pikul
dan salah satunya juga guru2 sebagai kaunselor..

Terutamanya bila kita ditugaskan sebagai guru tingkatan
serba sedikit jaja kena amik tau pasal hal2 student kelas jaja
kalau ada yang selalu tak dtg kelas, kena tau apa masalah dia
kalau ada yang selalu mengantuk jek dlm kelas,jaja kena tau malam tu dia buat apa
kalau budak ni asyik fail manjang..apa puncanya..

Dan selalunya kalau yang bermasalah sangat, jaja dan beberapa orang guru
akan jengah umah student tu untuk bertemu ibu bapa..
contohnya kalau student tu berhari2 tak dtg sek,
sampai dah bagi surat amaran terakhir pun
dia still jugak tak hadir, jd wajib la jaja call atau dtg terus
ke rumah dia untuk berbincang..
jika lepas tu dia tak datang sekolah jugak,
baru la kita keluarkan surat berhenti sekolah..

Sama jugak macam tahun2 lepas..student kelas jaja tahun ni
ada jugak yang bermasalah..
Sorang pelajar ni (Si F)
berminggu2 dia tak dtg sekolah
dan semalam lepas suprise party tu dia dtg berjumpa dengan jaja
dengan niat untuk menceritakan segala masalah dia...

F ni asalnya dok kelas belakang..dia request untuk masuk kelas jaja
sebab dia rasa dok kelas belakang tu makin menambah masalah dia..
bila budak kelas belakang..masuk kelas depan..
korang paham2 je lah apa yang dia rasa...
F mula rasa rendah diri, segan nak bergaul,dia malu bila soalan
yang cikgu tanya dia tak dapat jawab..
dan dia rasa mcm semua bebudak kelas tu tak suka dia..
ditambah plak dengan 'mulut' bebudak kelas jaja yang memang suka cakap lepas..
korang tau2 je lah bebudak skang cakap mcm mana..
Jadinya si F ni rasa rendah diri sangat2 sampai rasa takut nak masuk kelas..
masa exam midyear hari tu dia 'tipu' jaja kata sakit tak bleh nak amik exam..
tapi rupa2nya dia sengaja tak nak amik sbb takut nanti dia sorang je yang fail,
dan bebudak kelas akan mengata dia...
bila dia nak cuba nak berborak dengan geng2 lain, bebudak ni
tak berapa nak layan dia....

sampai la ke satu tahap si F ponteng kelas seharian
dan bebudak kelas lain jumpa dia kat toilet dengan keadaan
nak menghantuk2 kepala kat dinding...sbb rasa terlalu kecewa dengan diri dia..
memula dapat tau tu jaja memang terkejut sangat2
dan takut..takut dia buat menda yang bukan2...

lepas insiden tu, 3 minggu dia tak datang sekolah..
sampai kaunselor gi umah dia untuk jumpa ngan parent...
dari cerita kaunselor, parent dia pun jenis agresif jugak..jenis panas baran

sampai la semalam tetiba F dtg semula sekolah dan jumpa jaja untuk bercerita
dari kul 9 sampai kul 11 pagi dia bercerita sambil menangis2...
dan akhirnya jaja comeout dengan satu cadangan untuk
bersemuka dengan pelajar2 perempuan yg lain dlm kelas jaja
tanpa kehadiran F sekali..

Student2 perempuan yg lain memang tak jangka yg jaja panggil
diaorang untuk bincang pasal hal ni..
peringkat permulaan perbincangan memang bebudak ni agresif

"Alah cikgu, F tu yang menyombong sangat"
" Dia tu yang tak nak campur ngan kitorang"
"Dia tu tau nak salahkan kitorang jek"
" F tu tah apa2..eksen sangat"

Time tu memang jaja kena cakap elok2 dengan menyatakan
bukannya perbincangan itu tujuan untuk cari kesalahan sesiapa..
cuma untuk memperbetulkan kesilapan..
F dah tau salah dia kat mana, dan student2 lain harus betulkan
kesilapan masing2 dan duduk dalam satu kelas
berkawan sama2..
jaja nak semua student kawal 'mulut' masing2 bila
berbicara
"kerana mulut, badan binasa"

Dan akhirnya semua pelajar perempuan bersemuka dengan F
dan masing2 minta maaf...
jaja harap sangat diaorang semua akan ok..
takde dah masalah remeh temeh macam ni...

Next week jaja akan pantau semula
kot2 masih ada lagi yang buat perangai yang sama..
kalau ada..yang buat perangai tu nanti jaja turunkan kelas bawah!


5 Beu-T Is Talking:

CIKGU NAMAN said...

nanti buang, pastu datang merayu masuk balik

kemudian buat hal balik..haiyaaa


Entri terbaru chekgu

nak header percuma tak?

JaJa'Z said...

naman: tu dah semestinya..dok ulang mcm tu jugak la..kena buang/.merayu..terima balik..dan ulang lagi menda yang sama..

JaJa'Z said...

This comment has been removed by the author.

OrenLimau said...

lorhh..kak jaja cikgu eh?
saya pun akan jadik cikgu nanti.heee
macam2 masalah budak2 sekarang kan.sangat advance.

JaJa'Z said...

orenlimau: ye dik akak ni cikgu..hehhe tapi bukan cikgu sekolah masak memasak..hehehe

Related Posts with Thumbnails