JaJa'Z Latest Stories

Friday, July 9, 2010

'Bedah Siasat' Majlis Runding Cara...

Alhamdulillah...
selesai jugak majlis runding cara @ majlis bertemu ibu bapa pagi tadi
seawal kul 7.45 dah ada parent yang datang wpun dah diberitahu
majlis bermula jam 8.30 pagi..
jadinya dr dok saje menunggu, dijemput jugak la para ibu bapa sama2 baca yassin
kat dewan tadi..
bagus la jugak, dapat pahala lagi..

Lepas baca yassin,para ibu bapa ni ada taklimat ringkas dulu dari pengetua
lepas pengetua dah tinggalkan segala amanat dia
baru la semua mak pak bebudak ni serbu plak guru2 kat kelas masing2

Sepanjang jaja mengajar dah 8 thn ni
rasanya ni lah kali pertama ramai gak mak pak bebudak kelas jaja yg datang
ramai tak ramai pun...16 orang je dari jumlah keseluruhan 33 orang..
hehehhe
jadi lah kan, dari takde langsung..
dan part yang best,pembantu kelas jaja si Zurin tu..
dapat la dia cover parent2 yang datang tu jugak..takde lah lama sangat
parent2 ni menunggu..

Target jaja nak bagitau parent2 ni selain dr prestasi akademik dan jumlah kedatangan
termasuk la sekali kes2 disiplin pada mana2 yang terlibat
jaja juga berbincang dengan parent2 tu mcm mana nak membantu
anak2 mereka untuk tingkatkan prestasi..

Bila dah bincang dengan mak pak ni, korang paham2 je lah..
ada mak yang terlebih feeling nasihat kat anak dia depan2 cikgu time tu..
ada jugak tembelang student2 ni yang terpecah kat mak bapak..

"Syamin ni kalau kat kelas pasif sangat la pakcik..jrg libatkan diri dlm kelas"
" Ye ke cikgu?? kalau kat umah, dia la yang becoknya.."

" Si Hanis ni makcik, dah 24 hari sepanjang januari hingga jun
yang dia tak hadir kesekolah"
" Ish..saya tak sangka sunggoh cikgu..selama ni tiap2 hari dia pi sekolah
sampai hati dia tipu mak dia ni "

" Mengikut keputusan midyear ni makcik, Kamarulzaman hanya
dapat 1D1C7G makcik"
" 7 subjek ko gagal man...mak tak tau apa la yang ko belajar pi
sekolah selama ni.."

" Firdaus ni bukan tak bleh buat makcik..dia ok..cuma malas dan banyak sangat
cakap dalam kelas"
" Macam tu la dia cikgu, kat umah pun puas saya nasihat,kita cakap kot ni..
dia cakap kot tu.."

Ha! tu la ayat2 jaja ngan parent2 dalam kelas tadi..
tapi part yang best, jaja dah dapat 'lesen besar'

" Cikgu, kalau anak saya ni malas,kerja tak siap,degil...
cikgu rotan lah dia, saya tak kisah"
"Cikgu cubit la anak saya ni kalau dia tak nak dengar cakap cikgu,
biar dia rasa sket"
"Man kalau mak tau cikgu pukul ko sebab ko malas, mak tambah
lagi rotan ko kat umah lepas tu.."
"Cikgu buat lah apa cikgu nak buat, asalkan jangan mati, cacat sudah la"

hehehhe..macam2 pesen mak pak diaorang ni
bukan la jaja bangga dengan 'lesen' tu, tapi itu semua menggambarkan yang
diaorang menaruh kepercayaan pada kita untuk mendidik anak diaorang

itu kes mak pak yang datang..
tapi dalam ramai2 yang datang tu..ada jugak mak pak datang tapi
anak nya tak mai sekolah..
alasannya? takut or tak nak dengar apa yang cikgu nak bagi tau kat
mak pak diaorang
patutnya student tu kena lah dtg sekali, baru la mana2 kelemahan tu
terus diaorang bleh tau..
ni kita cakap kat mak pak..tapi anaknya takde..
harap2 apa yang kita sampaikan tu, disampaikan plak la ke anak masing2..

tapi tadi terjadi lah jugak episod 'telenovela' dalam kelas..
bila ayah nya nasihat sampai syahdu2..cikgu2 plak bagi jugak nasihat
yang bleh 'tangkap leleh'
makanya ada lah jugak student yang mengalirkan air mata
harap2 air mata yang mengalir tu bermanafaat la untuk dia ubah sikap
dan perbaiki segala kelemahan..

Cuma satu menda yang buatkan jaja agak sedih dan terkilan
bila tengok ada mak pak yang tak mai..
kalau yang ada kesulitan tu, jaja tak kisah la..
kalau takde buat apa kat umah, apa salahnya dtg sekolah untuk
tgk prestasi anak masing2..
jangan lah hanya membiarkan sahaja anak2 dan melepaskan segala
tanggungjawab pada guru2..
guru dan ibu bapa sama2 kena kerjasama untuk tingkatkan
prestasi anak2..
kalau cikgu2 je yg beria, tapi parent kat umah lepas tangan
rasanya semua masalah tak dapat diatasi..

Dan majlis pun tamat kul 11.30 pagi td..
lengang satu sekolah..maklum lah, sapa mak pak mai
diaorang bleh bawak anak balik terus
jadinya untung la sesapa yang parent datang, bleh la balik awal...

*********************************************

Jawapan teka teki semalam!

hehhehe...
ramai jugak yang dapat teka menda alah minatang ni...
ANAK LANDAK la...
cute kan..hehheheh

6 Beu-T Is Talking:

En iLHAM said...

hehe
takutnye..
barulah mak bapak tahu sebenarnya anak die camne
hehe
tp bagus jugaklah kak, dah dapat mandat rasmi nak hukum diorang kalau diorang buat salah
harap dapat berubah la student yang sebelum ni banyak main tuh

dieya said...

wahhh jeneral yamashita dah dapat license to hit :-D

bagus yek skrg mak pak kena dtg amik buku rekod. teringat masa darjah 1 dulu bawak buku rekod balik rumah, my parents belum balik kerja i dah start nangis.. sedih coz tak dapat nombor satu :-D

Hizami Li said...

wah.
mesti seronok kan borak2 dgn parents?
hehe.
:D

JaJa'Z said...

syamil: tu yg sepatutnya..parent kena tau mcm mana pencapaian anak masing2..

JaJa'Z said...

dieya: budak skang tak heran pun tak dapat no 1...kadang2 buku tu pun mak pak tak penah tgk..diaorang sorok..

JaJa'Z said...

hizami: borak2 best la..sambil bincang usaha nak majukan diaorang..tapi kalau mak dah leleh2..syahdu gak..

Related Posts with Thumbnails