JaJa'Z Latest Stories

Thursday, June 17, 2010

Asal Tengah Hari Je..Mula La Dilema...

Assalamualaikum
Selamat tengah hari semua..
Apa kes la jaja ni ek..
orang lain siap nak tepek gambo makan tengah hari
tapi jaja baru terhegeh2 nak tunjuk breakfast pagi tadi...

Buat yang simple2 je untuk En Zack pagi td
Kalau dengan mamat tu, takyah la
beria2 nak masak mee goreng ke, mee hoon goreng ke pagi2
memang dia boooolayannnnn
memang dia makan menda simple2 je untuk sarapan ni
maybe sebab mak dia dah ajar dr kecik macam tu kot
hehhehe

Teringat masa memula kawen dan bawa En Zack
ke kampung jaja kat penang..
terbeliak mata dia tengok kul 7.30 pagi semua orang pakat makan nasi kandar
tak pun nasi 'Thaat' yang bungkus dari kedai
mana la mamat tu makan menda2 berat pagi2 buta
nak tak nak lepas minum kejap terus kena pi cari roti canai gak...
ayah cakap " biasa la orang2 kampung makan nasi pagi2..
sebab semua nak pi ke laut cari rezeki"
En Zack sengeh je la...

Untuk pagi tadi jaja just buatkan En Zack roti telur
nak beli kuih kat depan pun, asyik kuih yang sama je..boring amat dah
balik2 kuih keria, karipap,donat,apam..
lama2 muka pun macam apam..
Eh! bukan mmg mcm apam ke?
hehhehehe

Ni dah masuk tengah hari
mula la datang dilema nak masak apa...
tadi buka peti ais pastu dok tenung je tempat freezer..
"apa lagi la nak masak ni"
Ada ikan kembung 2 ekor, ikan aye sekor,ayam 5 ketul
ikan kerisi sekor..emmmm
apa ek yang boleh di masak dengan menda2 ni ???

TOLOOONGGGGG !!!!!

11 Beu-T Is Talking:

~suNshiNe~ said...

suka nasi pagi2...mkn ringan2 rasa cem tak puas..

marina anakcikbob said...

makan?
laporrrrrrrrrrrrrrr......

dieya said...

hari ni lunch popia 5 batang RM 2. baru makan 2 batang sambil usha2 blog orang. i so don't hv mood to eat and no idea what to eat. aiyoo!

k jaja.. ikan aye & ikan kerisi tu apa? camne rupa dia? tayang sket!

En iLham said...

hmm
akak goreng je smue tu
pastu buat sayur masak air jer
haha
kan senang
gerenti en zack tak komplen
haha

JaJa'Z said...

sunshine: kalau pagi2 jaja tak la suka berat2 sangat jugak..tapi simple2 sangat pun tak bleh gak..

JaJa'Z said...

marina:apa lagi..pi la soruuuu

JaJa'Z said...

dieya: aoyok..popia je? patut la kurus anak pakcik razzak ni..makan lebih2 sket..bagi cepat besar..

ikan ate ngan kerisi tak kenal? nanti akak buat entri pasal ikan ok..

JaJa'Z said...

syamil: akak dah berjaya goreng ikan ngan kurma ayam..hehhehe

The Hetzel said...

sebak nye baca ayat "biasa la orang2 kampung makan nasi pagi2.. sebab semua nak pi ke laut cari rezeki".. Sebak sbb t'ingat dorg bhempas pulas kat tgah laut nk cr rezeki.. mn ada mkn tgahari mcm kita.. turun ke laut menggadai nyawa smata2 nk memenuhi nafsu makan ikan kita.. kata2 org tua slalu wise!

JaJa'Z said...

hai hetzel: thanks for drop by..ayah jaja selalu je cakap mcm tu..padahal dia bukan kerja ke laut pun..hehhe kerja dlm aircond lagi..mewakik kan je la tu..hehhe

ladyship said...

same le ..
xbse mkn berat2 pg2 .
lg2 ala2 nasi kandaq itu ..
kt kg pun kami x mkn berat2 cm nasi kandaq tu ..
klau cm bihun , nasi lmak uh bese la .
if mcm nasi kandaq yg brlauk pauk tu susah cket .

Related Posts with Thumbnails