Assalamualaikum
Tak daya betul la kalau time cuti cenggini
bukannya jaja nak citer pasal penat buat keja ke hapa
tapi tak larat mengadap makanan..
semalam punya cerita memang penuh meja makan ngan makanan
orangnya ada dua orang je dalam umah ni
tapi makanan? mak aiii..'setambun' !
Ni semua gara2 ada jiran2 yang memang baik hati dok kat sebelah umah
dah la baik hati ,rajin plak masak
tak daya betul
jaja ni plak..makan kemain lagi
lepas makan tu mula la menyesal tak sudah
.
.
.
Macam yang jaja dah citer semalam,
jaja cover smula beli deli wing untuk En Zack
En Zack memang tak brapa gemor makan menda2 gini
tapi jaga hati bini punya pasal, dia telan gak dengan terkemik2 muka
pastu dia cakap
" sedap gak ek!"
Ceh..tadi cakap tak suka sangat
.
.
Memandangkan semalam jaja malas nak masak
sebelum sampai umah masa balik dari gym tu
jaja dah siap2 tapaukan En Zack
ikan keli goreng
sambal sotong
dan
memandangkan tengah hari dia dah bantai deli wing ngan lasagna tu
jadinya lauk2 ni dia makan blah malam je..
.
.
Petang semalam plak
masa jaja dok lepak2 layan blog, alih2 dengar orang panggil nama jaja dr blakang umah
" Jaja...ohhhh jajaaaa"
Rupanya kak zah jiran sebelah
kalau dah panggil ikut pintu belakang tu
memang takde aktiviti lain
kecuali bagi makanan
maka dapat la jaja
Uishhh..dah la ni memang pebret jaja
masuk je dalam umah, terus bedal separuh pinggan.
kak zah ni orang utara, kalau masak semuanya kena dengan tekak jaja
maklum la..jaja ni pun family asal blah utara jugak..
.
.
Tu semalam punya cerita...
dalam kul 11 pagi tadi jaja gi lah ke pasar
dalam kepala ni memang dah plan nak masak
kari ikan bawal
sotong masak kunyit
dengan ikan goreng sumbat sambal
Lepas dah memborong sakan kat pasar, jaja pun balik la umah
keluar je pintu
terus anak kak zah panggil jaja
" Cik Jaja..tunggu jap...mak nak bagi gulai ikan"
maakkkk aiiii..
baru plan nak masak kari, terus jiran sebelah bagi lauk kari gakMaka dapat la jaja semangkuk kari ikan 'mayong' tadi
perrrghhh sedap amat rasanya
memandangkan kari ikan dah ada
jaja tinggal masak yang selebihnya je
jimat sket masa kat dapur
kemain lagi En zack makan
makan senyap tak terkata..hehhehehe
.
.
Macam tu la jaja dengan jiran sebelah umah
macam2 kak zah ni bagi kat jaja
jaja pun ada gak bagi makanan kat family kak zah
bukan apa, kadang2 segan sebab pinggan kak zah dah belambak kat umah ni
jadinya, kenalah membalas kan
orang memberi kita merasa
tu tak kira kuih muih lagi
hari tu donat, kuih seri muka,kuih tepung talam,kuih cara
lauk plak
ikan keli masak pedas,kari daging,sup cendawan,rendang ayam
uishhh banyak sangat dah
kalau laksa tu lagi lah..tiap2 kali buat sah2 dia bagi kat jaja
alhamdulillah, rezeki...
sedap betul makan nya kalau orang bagi
makan punya makan..pastu mula la rasa menyesal
makan tak ingat duniaaaa..adoi la
( All pic by En Gugel)
( All pic by En Gugel)
11 Beu-T Is Talking:
ahha.
ala.
kalau sebelah pintu mesti boleh hantar sikit.
;)
hehheheheh best2...
anto kat budak lelaki sebelah pintu
Dh tu Jaja balas pinggan jiran dgn menu ape? ekeke...
wah sedapnyer lasagna pizzahut tu.. kzura x penah rasa.. but tgk gaya mmg rich of CHEESE...
tak leh jadi ni jajaz..kecur tengok laksa tu..nak kena bat ni..yumyum
hizami: kalau awak kat sebelah pintu umah akak..sure akak hantar gak lauk..hehhe
kak lela: tu lah..tapi dia dok sebelah pintu lain.hehe
kzura: soalan cepu mas tu..jaja sure balas punya..selalu yg jaja balas lauk la..kuih2 ni jaja mmg tak reti buat.kadang2 bagi sup ayam, tomyam ke..tak pun kalau buat spagetti ke, mee kari ke..sah2 jaja bagi kat diaorang..
lasagna tu memang penuh dgn cheese..jaja jarang makan..cuma ar tu teringin nak makan..tu yg beli jugak..tapi jaja rasa lasagna akak lagi sedap kot..nanti2 nak order gak..bleh? ehhehe
larra: apa lagi..pi cari ikan..buat petang ni..syokkk woooo
kak jaja.sedapnye
sampai ati
antar kat umah sy cket
poslaju pun xpe
ayamil: nak ek..sila copy dan paste ke pc anda..hehehhe
ayamil: nak ek..sila copy dan paste ke pc anda..hehehhe
Post a Comment