Assalamualaikum
Dah agak lewat baru jaja berkesempatan
nak update blog untuk hari ni
Idea hari ni tak brapa nak dtg...
Kali ni jaja nak citer pasal jiran dan jaja nak tanya blogger semua
korang kenal tak jiran sebelah umah korang??
korang kenal tak jiran korang yang dok umah last sekali dalam lorong yang sama??
Fenomena skang ni mostly jaja tgk kalau kehidupan kat
taman2 perumahan mesti mengamalkan style
'engkau2..aku2'
kadangkala jiran sebelah umah pun kita tak tahu nama apa
Alhamdulillah,masa jaja masuk umah ni dulu
taman perumahan jaja ni memang baru buka
dan bleh kira ngan jari je orang yang dok kat taman ni
Masa tu sekitar hujung tahun 2005
time tu kiranya jaja pun bujang lagi...
Antara jiran2 yang memang rapat dengan jaja antaranya
kak zah+Cik Nazri
Kak Yah+Cik Basenun
Kak Syam+Cik Lan
Kak Ani+Cik Shaari
semua ni adalah jiran2 yang dok berdekatan dengan umah jaja
Dulu sebelum kawen En Zack ada pesan
" jangan buat sombong dengan jiran2..bertegur sapa kalau jumpa...kalau ada masalah nanti senang nak minta tolong"
Memang ada betul nya pesanan En Zack tu
Ada sekali tu time guruh kuat,siling umah jaja terangkat dan Cik Nazri yang tlg betulkan
Time nak pasal rel langsir,Cik Shaari yang tlg pasangkan
Time petang2 plak dari dulu sampai skang
kalau kaum2 hawa tak kuar lepak depan umah
memang rasa tak best je
Time tu la boleh merapatkan lagi silaturrahim antara kami semua
Tu tak termasuk lagi main hantar2 makanan
atau pun buat open house time raya
memang syok sangat2
.
.
Tahun demi tahun sampai la kitorang pun dah kawen
maka makin ramai jugak la orang2 taman ni yang kitorang kenal
tambah plak taman perumahan jaja selalu adakan aktiviti
macam sukaneka,jamuan raya,gotong royong,kuliah agama
tu yang membuat kitorang setaman ni
makin bertambah kenal
.
.
Tapi sebenarnya dalam kita memperkatakan perihal
jiran yang rapat dengan kita
tapi ada jugak diantaranya yang
jenis 'kera sumbang'
kat lorong jaja ni pun ada jugak golongan ni
Biar lah jaja gelarkan diaorang keluarga En X
Diaorang pindah ke taman ni dalam awal tahun ni je
duduk pun berhampiran dengan umah jaja
Masa memula pindah pun dah kontroversi
Time En X sampai ngan family dia
mak aiiii..bini En X siap berambut merah lagi
tapi yang tu jaja tak heran sangat la
walaupun rambut merah tapi dia agak peramah jugak la
Ada lah juga dia kuar berborak atau makan2 ngan kitorang time petang2
Yang membengangkan kitorang ni
perihal En X tu yang tak pernah bertegur sapa dengan sesapa pun
hatta dengan jiran sebelah umah dia
Bila dah jadi orang baru, apa lah salahnya
melemparkan senyuman
tak pun berjabat salam
tetapi En X TIDAK ada pun buat semua tu
payah sangat ke sebagai orang baru nak bertegur sapa dengan jiran2 lama
Hari tu siap jiran jaja senyum kat En X tapi boleh dia
buat 'tak tahu' je..
sungguh tak mesra alam betul la...
bayangkan dah nak masuk 5 bulan dok sini tak pernah bercakap langsung dengan jiran2
Ada jugak orang berperangai macam ni rupanya
itu bab tak bertegur sapa..
yang menambahkan lagi kebengangan kitorang tentang En X ni..
Dia suka pasang lagu kuat2 sampai mengganggu
ketenteraman jiran2 sebelah
time pagi2 buta nak gi hantar anak sekolah pun
pasang lagu dalam kereta macam dia je la yang ada radio
dan satu lagi perangai En X yang suka membunyikan hon
sebelum keluar umah dan semasa sampai umah dari kerja.
kalau hon tu slow, tahan la jugak
jaja ni sampai berapa kali terkejut dengan bunyi hon kereta dia tu
.
.
Insiden petang tadi pun telah membuktikan
yang En X tu memang 'kera sumbang'
Petang tadi En X dok berdiri depan pagar umah dia
then datangla dua orang lelaki menaiki motor
berhenti kat umah dia untuk bertanyakan sesuatu
tak habis lagi orang tu cakap nama orang yang nak dia cari
terus En X cakap
" TAK KENAL ! TAK KENAL !" dengan kuatnya
nampak perubahan kat air muka lelaki tu
dah la depan2 kitorang En X cakap macam tu
memang jelas la yang dia tu 'kera sumbang'
.
.
Kadang2 terpk..kat mana letaknya nilai budi bahasa
serta adab sopan kita sesama jiran
Susah sangat ke sekadar nak bertegur sapa, bersalaman dan bertanya kabar
kenapa perlu sombong macam tu sekali
jaja nak je cadangkan kat En X
" Kalau nak menyombong sangat, pi dok dalam hutan !!"
bleyy????
.
.
.
Sebaik2 saudara ..adalah JIRAN kita
4 Beu-T Is Talking:
omak aiiii ape ke teruknya jiranmu itu jaja...td nak ckp cam bangang tp cam x sampai ati heheheh
tipu arrr ckp kalau lela tau sume nama jiran2ku ini tp at least kenal gak le pasal baru sthn dok taman yg still ade umah kosong
Jiran sepakat membawa berkat.... Baik betul jiran-jiran Jaja. Rumah teres senang ler Jaja nak beramah mesra dgn jiran. Bila dok luar rumah boleh bertegur sapa. Yang dok apartment ni susah skit. Takde laman utk dok kat luar rumah. Jiran sebelah rumah of course kenal. Siap ambik no tel lagi. Yang lain tu tak berapa kenal cuma setakat senyum & sesekali tegur bila selisih. BIla orang tolong tekankan lif utk kita ucap ler terima kasih. Lebih-lebih tu takde ler. Rasakan En X tu patutnya dok kat dalam hutan @ gua jer...
Lelord: jaja pun tak la hafal semua nama orang2 selorong..tapi at least kita kenal muka diaorang dan tahu diaorang tu dok dekat area umah kita..time terserempak pun kita bleh senyum menandakan kita kenal diaorang..tak salah sekadar memberi senyuman..
syue: dok kat apartment memang macam tu la..dulu jaja pernah dok kuarters guru..memang tak suka..bukan kata jiran satu blok..jiran se paras dok depan umah pun tak kenal..pintu umah masing2 dok bertutup je..mana yang kenal tu bleh la setakat senyum2 je bila berselisih..
Post a Comment