JaJa'Z Latest Stories

Monday, April 26, 2010

Kira 25 X 1 Pun Nak belek Kalkulator..Hangin!!!!!

Assalamualaikum
Mencabar betul la rasa jadi cikgu ni
Nak jadi cikgu skang ni jaja rasa kena ada jiwa kental
tahan lasak,kalis api,kalis peluru....
Ada je menda yang bebudak ni buat yang kadang2 tak menahan dah rasanya
Sesekali pk, apa benda la yang korang belajar selama 11 thn kat sekolah ni
tu tak campur lagi masa belajar kat tadika dulu2
Betul2 bikin waaa panasssssss
.
.
Alkisahnya last week jaja masuk mengajar macam biasa
kelas math tingkatan 5..
Kelas ni memang la pelajar nya lemah2 belaka
tapi time mengorat awek je diaorang ni berjiwa kental
Time masuk kelas tu kena la semak kerja2 rumah diaorang
dan jangan berharap sangat la semua pelajar akan siap semua kerja
yang cikgu dia ni bagi
ada jugak yang buat spoilt dlm satu kelas
Sambil membebel2 jaja suruh mana2 yang tak siapkan kerja..siapkan kerja tu
time tu jugak
bebudak yang dah siap pun tak tentu lagi betul nya
Dipendekkan cerita..belaka2 la kena buat pembetulan
Dari satu meja ke satu meja jaja tengok diaorang buat kerja
sampai la kat sorang student ni
" Cikgu...saya ni tak paham2 lagi nak jawab"
takpe..sabar lagi
" Dah dekat sebulan dok buat latihan yg sama, takkan tak paham2 lagi"
jaja jawab cool lagi...
" Awak ganti kan la nilai x = 3 dalam persamaan tu"
student tu pun kira la jugak sambil tergelak2 tersengeh2
Lepas 5 minit...
" Cikgu betul dok ni?"
" Cuba awak bagitahu saya, 25 X 1 berapa? kenapa plak 25 X 1 bleh jadi
sama dengan 30 plak "
time ni suara jaja mula dah nak tinggi
Kawan sebelah student tu plak menyampuk
" Kan aku dah cakap tadi jawapannya 50 "
Jaja pun mula dah nak naik angin
" Ha! elok la tu...25 X 1 = 50...sifir satu pun tak tau macam mana ni !!!!
student tadi menjawab sambil tangan mencari2 sesuatu dalam bag
" jap2 cikgu..saya cari kalkulator kejap nak kira 25 X 1 berapa"
.
.
Ni betul2 bikin wa panasssssss!!!!
ARRRRGGGHHHHH !!!!
" 25 X 1 pun nak guna kalkulator ??????????? "
.
.
.
.
Dugaan betul la nak mendidik anak bangsa ni
tapi nak tak nak kena jugak
dah tu tanggungjawab kita
tu blom jaja tanya
25 X 0 lagi..ntah apa plak jawapan yang diaorang bagi...
:p


11 Beu-T Is Talking:

Danial Ikhwan Jaafar said...

sabar kak ja. waduh, mencabar sungguh ye. entah2 main je kot, standard la kot budak2 nakal =P

Ismaliana Bt Sulaiman said...

masa akak baca n3 ni mmg rasa kelakar...tp klu akak kat tempat jaja mmg kene lekuk ler itu budak...addoi hai... sabar la jaja... ;)

JaJa'Z said...

danial:takde makna nya main2..memang tak tahu..sebab otak malas berfikir menda2 yang sesenang tu..padahal dah banyak kali ulang menda yang sama..

JaJa'Z said...

mamamya: tu lah yag buatkan jaja ni kadang2 memang nak naik angin...menda dok ulang banyak kali..cakap menda yang sama..tak ingat2 jugak..tu baru sifir..kalau nom kuasa dua atau kuasa tiga?? lagi la plak..siap jaja buat list untuk nombor kuasa dua kat diaorang semua..tu pun tak guna2 jugak..

AYU said...

Ini lah masalahnya bila pelajr terlalu bergantung dgn mesin....otak mereka beku.....perkara ni akan diaorg bawak sampailah bila nak sambung belajar kepringkat sijil @ diploma.....lagi parah bila peringkat dip...mate pun tak lepas2 lagi.....sedih...

JaJa'Z said...

ayu: yang jaja nak tekan kan kat sini bukan masalah pelajar terlalu bergantung pada kalkulator..tetapi tahap kelemahan pelajar jaja ni..sampaikan sifir 1 pun still dok memikir lagi..

Syue Mustafa said...

Uisk, sabar ajer ler. Sifir satu pun nak pakai calculator. Kalau saya, bagi pelangkung jer kat budak-budak tu...

JaJa'Z said...

syue..: hanpir2 dah nak bagi..cubit2an tu dah biasa dah diaorang dapat...

AYU said...

memang budak tu da lemah..jd calculator bukan penyelesainya..
knp dibenarkan juga menggunakannya..hai x sangka bdk ting 5 pun masih x tahu sifir 1.

JaJa'Z said...

tak tau la nak kata apa dah kak ayu..nak tak nak kena gagahkan diri la jugak ajar diaorang..menda yang baru ajar kejap td..tanya 15 minit lpeas tu pun bleh lupa jugak..

AYU said...

jaja...sori ye..akak nak tanya sikit...bole? budak2 jaja ni normal ke atau budak2 pendidikan khas....akak rasa dia org ni mcm ader masalah pembelajaran je...sebab husband akak ader gak mengajar pendidikan khas...

Related Posts with Thumbnails