JaJa'Z Latest Stories

Sunday, April 11, 2010

Kisah Isteri Derhaka...

Assalamualaikum
Nak tanya sket ni..ada tak sesapa yang tengok
slot cerekarama malam tadi...?
Kisah isteri yang derhaka kat suami dia
Tengok tajuk pun macam seram sejuk je rasa
Pelakon utama cerita ni
Eman Manan ngan Rita Rudaini
Sepanjang dua jam cerita ni samalam
memang jaja sakit hati betul dengan si Rita tu
dan dialog dia semuanya dok menengking je keja nya..
memang biadab betul la kalau ada isteri yang berperangai macam tu..
.
.
Antara Sinopsis nya :
Arissa (Rita) ni anak orang kaya yang memang kurang ajar la
dengan semua orang termasuk ngan mak ayah dia sekali.
Dia merupakan anak tunggal dalam family dan ada syarikat sendiri la.
Sebab dia ni dah tak ter ajar dah ,
ayah dia (Ahmad Tarmimi) plan ngan mak dia ( Dian P.Ramli)
untuk kawenkan dia dengan seorang tukang urut kampung
Si Eman Manan la..yang membawa watak Adi.
Arissa ni terpaksa terima jugak kawen
kalau tak dia tak kan dapat harta mak bapak dia..
Bila dah kawen, dia kena dok kat kampung
time tu lagi la dia dok mengamuk je..
sampai last2 dia balik semula dok ngan bapak dia
Ada satu scene tu dia nak mengamuk apa ntah
panggil laki dia yang dok tengah sembahyang
punya la dia bengang..terus dia terajang laki dia yang tengah sembahyang
NAUZUBILLAH....
Tak lama lepas tu ayah dia meninggal
tetap gak dia tak insaf2 juga
Arissa ni siap gi kat bomoh lagi untuk buatkan laki dia ni jd 'bodo'
dan ikut semua kata2 dia
Sampai la satu pagi masa baru bangun tido
dia rasa kaki dia kebas dan lumpuh sebelah kaki
kaki yang dia guna untuk tendang laki dia
time tu orang gaji Arissa ni dah rasa syak yang Adi ni dah kena guna2
dan orang gaji tu dapat pulihkan semula si Adi
dan Adi terus balik kampung lepas tu...
ingatkan dah lumpuh, taubat la..
rupanya tak jugak..lagi menjadi2...
sampai la satu malam kat kampung
Adi kena bunuh masa nak selamatkan sorang pompuan yang nak kena rogol
endingnya roh Adi dtg kat Arissa
time tu Arissa macam dah insaf la
dia mengesot2 ikut roh Adi sampai jatuh tangga..
last skali
dia cacat dan dok atas kerusi roda.....
.
.
.
.
Korang paham ke apa yang jaja citer ni ?
sorry la ek..i'm not a good story teller..hehhehe
Tapi citer ni memang bagus sebenarnya..
banyak pengajaran yang kita bleh dapat
Jangan derhaka kepada suami
Jangan derhaka kepada ibu bapa
Hormat orang yang lebih tua dari kita
Setiap perbuatan pasti ada balasan yang menunggu kita..
.
.
.
Dari 5 bintang...jaja bagi
3 1/2 bintang
* * * *

0 Beu-T Is Talking:

Related Posts with Thumbnails