JaJa'Z Latest Stories

Thursday, March 11, 2010

Warkah Buat Kekasih...


To My Dearest Hubby....
Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke-3...Tak sangka terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita dan hari ini genap sudah 3 tahun kita melayari hidup sebagai suami isteri. Terasa seperti baru lagi saya menerima ciuman pertama dari abang semasa hari pernikahan kita...Tak terucap oleh kata2 betapa gembira dan bahagianya saya ketika saya sah bergelar isteri abang..


Sepanjang kita melayari hidup berumah tangga, saya akui kita telah banyak melalui segala onak dan duri serta pelbagai dugaan yang silih berganti..saya bahagia kerana kita berdua sentiasa bersama walau apa jua yang berlaku..dan itu yang saya harapkan sehingga akhir hayat kita...


Abang, terima kasih kerana menyayangi saya..terima kasih kerana menerima saya serta kelemahan saya seadanya..terima kasih diatas segala kasih sayang yang abang berikan selama ini..terima kasih kerana sentiasa melayan kerenah saya...terima kasih diatas segala2nya..



Maafkan segala salah silap saya selama saya menjadi isteri abang..maafkan segala keterlanjuran kata2 saya yang membuatkan abang berkecil hati...


Semoga Allah panjangkan jodoh kita berdua hingga ke akhir hayat, semoga Allah memberkati serta merahmati rumah tangga kita dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah suatu hari nanti,insyallah....Semoga rumah tangga kita dipenuhi dengan rasa kasih sayang..dan semoga Allah jauhkan rumah tangga kita dr segala perkara buruk yang boleh merosakkan hubungan kita..


Saya sayang abang dan akan sentiasa merindui abang selama-lamanya....




Your Love,
~ Jaja~


3 Beu-T Is Talking:

Mrs.Nury said...

hi jaja...happy 3rd anniversary to you.May you live happier ever after with your love :)

JaJa'Z said...

tq kak nuri..and tq also for droping by to my blog..

II riEnAsHaM II said...

hi jaja... happy anniversary..thanxs for drop by my blog.. as u said posing pic kawen kita tu ada iras2 la ekk...hiks..

Related Posts with Thumbnails