JaJa'Z Latest Stories

Friday, March 12, 2010

Nah !! amik result SPM awak...

Assalamualaikum...
Semalam 11 Mac 2010
Result SPM keluar dah
selalunya bila result2 peksa nak kuar ni..bukan murid je berdebar
tapi cikgu pun sama juga
dok pk brapa orang lulus..berapa orang gagal
peratus lulus tahun ni naik ke turun..
bukannya apa, kalau peratusan menurun , makanya kena la prepare
alasan apa nak bagi time mesyuarat post mortem nanti..
Malam sebelum tu beberapa orang gak student yang msg jaja
dok tanya nak kena dtg kul brapa..nak pakai baju apa...ish ish..
dan tak kurang jugak yg bagitau diaorang berdebar2 nak tunggu esok
diaorang tak tau yg cikgu diaorang ni lagi kecut perut...*
*
*
*
Pagi esok nya sekitar kul 10.30 pagi
sampai la result ke sek oleh Pengetua...
Kecoh2 la dok tanya macam mana result kali ni...
Best student dapat brapa A...??
Sebelum jaja keypoh2 gak bertanya
kitorang guru2 kelas ni sediakan la apa2 yang patut kat dewan

Segala mak nenek sijil untuk bebudak ni
bukan macam zaman kita sek dulu..tak la sebanyak ni
skang ni sijil berhenti sek,sijil koko,sijil lisan BM ngan BI,sijil ERT,sijil PEKA
sijil PAFA,sijil2 sukan diaorang...uish..
penat cikgu2 ni menaip ujung tahun lepas..
*
*
Masa jaja nak gerak ke dewan dari makmal ict
x-student kelas jaja dah serbu kat depan makmal.
" CikGUUUUUU...rinduuuuuuu"
rindu sangat la korang kat cikgu ni..kan..?
Ni student kelas jaja antara yang terawal sampai
Penyampaian result SPM bebudak ni dibuat didewan..
meja mengikut kelas pun dah tersedia
time ni wakil2 dari kolej2 pun ada gak
kiranya lepas dapat result,bebudak ni bleh terus gi survey tempat2 yg bleh sambung blaja..
Gambar cikgunya harussss la ada jugak kan.....
semenjak ramai yg kata muka jaja macam muka anak2 murid je.
lagi la suka jaja nak tepek muka ngan bebudak ni..hehehheh
Korang ni nak amik result ke..nak buat sesi photography??
but i likeeee.....
buat aksi manja sket..ahaksssss :p
Ngan bebudak laki kelas jaja
baru 2 orang yg datang...
walaupun gambo ni gelap sket,tapi nak letak jugak...
sbbbbbbbb muka cikgu dia cute..kan kan kan????
Sebelum result diedarkan,Tuan Pengetua bagi ucapan sket
Pengetua pun umumkan la keputusan keseluruhan yang sekolah kitorang dapat
bla bla bla......
pastu bz la jaja edar result bebudak ni....
tapi mana2 yang ada hutang sek ngan hutang buku teks....
sila langsaikan dulu yer anak2...
khusyuk bebudak ni cari sijil diaorang
jgn cari sijil nikah sudah la yer...:p
sok sek sok sek...
dialog2 yang biasa didengar:
" ko dapat brapa?"
"tak yah la tgk,result aku teruk..nyampah nyampah!"
" bleh sambung blaja tak ni"
" apsal BI aku bleh gagal ek?"
" 6 je aku dapat kredit..yang lain lingkup.."
" terror la aku..tak study pun dapat gak kredit"
" result macam ni rasa2 dapat tak masuk U?"
Kaunter2 wakil dr IPTS sekitar kuantan
Ni dia best student sek jaja
and she is from MY CLASS!!!!!
Bangga kejap aku...:p
Tahniah Shuhada.....
Lepas dapat result,memasing pakat serbu kaunter2 IPTS
*
*
*
Alhamdulillah
majlis selesai dalam kul 1 tengah hari....
Ni student kelas jaja yg last sekali dtg amik result
Si Azah ni ada driving test pagi tu..mujur ko lulus driving test tu minah....
*
*
*
Alhamdulillah jugak sbb result ICT
berjaya mengekalkan
100% lulus
nampak gayanya tahun ni kena kerja kuat lagi
untuk pastikan peratusan tu dikekalkan sampai bila2...

0 Beu-T Is Talking:

Related Posts with Thumbnails