JaJa'Z Latest Stories

Monday, March 29, 2010

Sesi Gulung Menggulung Popia

Assalamualaikum
Hari sabtu lepas, walaupun badan penat
sebab kena gi sekolah gak sempena majlis PIBG
petang tu tetiba rasa nak makan popia
Tapi ni bukan popia biasa yang berintikan sayur
tetapi
popia special yang jaja blajar dr Kak Suzi
Not Suzianah Sahar okey...but Suziana Musa
Kakak yg sama mengajar kat sek jaja
Memandangkan malam tu Earth Hour kul 8.30
so, cepat2 jaja siapkan petang tu jugak
kang puas plak nak buat menda alah popia ni dlm gelap
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Presenting
Mushroom Cambell Rolls
@
Popia Cendawan Cambell
.
.
.
Bahan2nya:
kulit popia yang saiz kecik@ besar
sebiji bawang besar didadu halus
satu tin sup cambell mushroom
( just mushroom tau..jgn guna mushroom potage atau corn and chicken ke ..kang tak jadi)
4 batang sosej mushroom AYAMAS dipotong dadu
6 batang crab meat dihiris nipis
1/2 tin cendawan butang didadu halus
sebatang carrot didadu halus
beberapa helai daun bawang
sebiji lada benggala didadu halus
serbuk lada hitam
1/2 cawan air
2 sudu minyak untuk menumis
.
.
.
.
Cara menyediakan inti :
panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
masukkan sosej,cendawan,lada benggala,carrot,crabmeat
masak seketika sehingga layu
masukkan satu tin sup mushroom cambell
letakkan 1/2 cawan air dan masak seketika
taburkan daun bawang dan serbuk lada hitam
Masak sehingga kering
.
.
Pantang larang !!
Jangan biarkan inti berair kerana susah untuk menggulung
Jangan masukkan garam kerana sup mushroom cambell mmg dah masin
.
.
.
.
biarkan inti sejuk seketika dan menjadi lebih likat
dan
mulakan proses menggulung
PETUA:
disarankan guna kulit popia besar agar lipatan dapat digandakan
untuk mengelakkan kulit popia pecah semasa menggoreng
.
.
korang gulung la popia tu sampai selesai
Jangan gelakkan popia jaja
yer ! yer !..tau dah... tak cantik....:p
.
.
Masukkan popia kita kedlm peti sejuk selama satu jam
dan kemudian boleh la digoreng
Ni lah rupanya
walaupun rupanya tak seberapa..tapi rasanya wallahhhhhhhhh!!!
Jaja lebih suka makan popia ni macam tu je..tanpa pencicah.
tapi kalau korang suka..bleh la buat sos cicah tu...
Akhirnya sempat juga popia jaja ni siap b4
Eart Hour
takyah la menyuap popia ke mulut dlm keadaan gelap :p
During the 60 min Eart Hour :p

1 Beu-T Is Talking:

Unknown said...

hi..nama sy jaja jugak..hi jaja...sy nk tya cmne x bg kulit popia pecah ms goreng...sy dh letak dlm peti,gulung pun cantik je,sbb myk pnas sgt ke?or inti basah?

Related Posts with Thumbnails