JaJa'Z Latest Stories

Thursday, March 18, 2010

Pos Laju + Cordless Phone + Lunch

Assalamualaikum
Setelah beberapa hari jaja tangguhkan diri untuk ke bandar
maka dengan paksa rela
hari ni pepagi lagi jaja dan ke Kuantan
Tak tau la pasal apa..memang malassss sangat rasanya nak ke bando !
Malas nak bersesak2 dengan orang dengan susah nak cari parking
tambah plak skang ni dengan musim panas nya..
*
*
Pagi td before ke Gym,awal2 lagi dah bagitau hubby
yang jaja nak ke bandar dulu
Ada dua sebab kenapa kena ke Bandar Kuantan :
1.
Last week dapat notice dr Pos Laju
nak tak nak kena la gi amik jugak
memula rasa heran jugak,sapa plak la yang nak hantar2 barang ni
nak kata birthday jaja..lambat lagi
Then it turn to be so suprise!!!
Parcel from NANI !!!
And it is my wedding anniversary gift..
ohhhhh..so sweet of u my frenz..
Nani ni housemate jaja masa kitorang sama2 blajar kat UUM
Tiap kali birthday jaja dia akan hantar kad and hadiah
terharu sangat rasa.
dan hadiahnya ialahhhhhhhh.....
Buku himpunan doa2 bagi pasangan suami isteri
tengok tajuk pun dah rasa teruja
" Doa Menjadi Pengantin Baru setiap Hari"
uishhh..tajuk tak hingatttt
Macam2 doa ada kat dalam ni antaranya :
Doa memohon keteguhan iman,doa menanam kasih sayang suami isteri
doa dikurniakan zuriat yg soleh, doa dilindungi dari gangguan syaitan
dan banyak lagi la.
dan kebanyakkan doa berkitar kebahagiaan rumah tangga..
suka sangat dapat buku ni..
TQ NANI :p
*
*
*
*
Sebab ke 2
Dah dua minggu TM hantar msg suruh datang pej amik
cordless phone
pada sesiapa yang amik pelan RM0 sen dari Nombor TM ke Nombor TM
memang akan dapat free gift ni
Dah orang bagi percuma,kena la hargai kan...
walaupunnnnnnn :p
Kelebihan cordless phone ni berbanding tepon biasa
kiranya lebih kurang macam hp la...
bleh simpan nombor2 phone dlm phone book
bleh tgk missed call
dan bebas diheret kesana sini hatta tengah kupas bawang didapur sekali pn
boleh gunaaaaa...
Cordless phone dah siap dipasang
jaja tak godek2 pun lagi function2 yang ada
malam2 sket la bila ada free time
*
*
*
*
*
Lunch hari ni
jaja just buat Tomyam campur je
ada ayam+udang+sotong
Broccoli+Bunga kobis+jagung muda+Carrot+Cendawan butang+tomato
This is my portion
Jangan tak tau..sebenarnya blah bawah tu ada nasi..hehehhe
itu memang stail jaja kalau makan tomyam kat umah
letak nasi sesenduk then curah tomyam kat atas
dah jadi ala2 bubur tomyam
makan macam ni baru lah feelllll habis...
SELAMAT MENJAMU SELERA :p

9 Beu-T Is Talking:

PatinPasta said...

Jaja,

UUM jugak yer? Akak pon sama UUM jugak. Jaja kolej mana? Sekolah apa?

JaJa'Z said...

heheh..ada jugak lagi persamaan kita ek? jaja memula matrik kolej telekom..first year dok Eon..third year dok luar..kat Taman U..i bet time akak takde lagi taman U ni..jaja kan cikgu,so sekolah pengurusan pendidikan la..akak plak??

efi hepi said...

jaja....bila kiranya aku leh call ko lagi....nk gossip2 laaaa

JaJa'Z said...

nanti aku free..aku msg ko ok..

PatinPasta said...

Jaja,

Tuh la.. tak sangka Jaja pon UUM.

Akak matriks Kolej MARA Kuala Nerang, then masuk UUM. Hmm lupa pulak nama kolej akak dulu. Haha! Alaaa kolej kat laluan A, second last. Selepas kolej Proton (yang zaman akak, lauk pauk cafe dia memang meriah and murah). Hmm koleh TNB ke ek? Dah tua la.. dah lupa. Huhu!

Rasa zaman akak tak de kot Taman U. Kitorang sepanjang study memang dok dalam kampus.

Akak amik Information Technology, so kat Sekolah IT.

JaJa'Z said...

wah!!!!..ada lagi persamaan kita...jaja pun amik IT gak..tapi beza sket..education IT..sbb tu kat sek pengurusan and pendidikan..akak ingat tak cafe lego? tapi tak tau la zaman akak panggil apa..kat situ masa jaja first year siap ada marry brown..tu la tempat lepak kitorang lepas kelas hari khamis..skang ni kat sana siap ada litar go kart...jaja smalam baru scan gambar zaman konvo..banyak pembaharuan dah time tu..nanti akak tgk ok..kak aida takde FB ke?

PatinPasta said...

La Jaja pon IT la ek? Hehe!

Hmm cafe Lego? Hmm.. tak ingat la pulak. Marry Brown tuh ha ah, ada.

Orait, scan la.. buleh akak tengok. Dah lama tak tengok UUM nih. Akak ada FB tapi tak aktif sangat. Jaja buh gambo dalam FB ek?

JaJa'Z said...

zaman akak dah ada marry brown ke? akak masuk uum tahun bila? jaja matrik uum thn 1997...skang ni macam2 baru dah..DKG pun dah ada sampai 6..jaja sempat DKG 5 je..khas untuk student IT...

jaja boh dalam FB gambo..tapi dok try upload tak dapat2 dah 2 hari dah..tapi nak gak masukkan dlm blog..nanti bleh tgk...

akak add la jaja kat fb..

PatinPasta said...

Akak masuk UUM tahun bila ek? Hmm.. tahun 96. Matriks tahun 94. Hishh.. tak ingat dah sampai DKG baper. Tapi time akak dulu, major AI dalam baper kerat jek. Satu kelas jek kot.

Orait, tq. Dah add Jaja kat FB. Nanti buleh la tengok camno UUM skang yer. :)

Related Posts with Thumbnails