JaJa'Z Latest Stories

Friday, February 19, 2010

Fadhilat membaca surah Yassin

Assalamualaikum
Kat sekolah jaja, setiap hari jumaat
kitorang semua akan berkumpul dan membaca surah yassin bersama2
Termasuk la para pelajar



Alhamdulillah..
sekurang2nya bila kita membaca surah Yassin
kita lebih dekat kan diri kita dengan Allah
Selain mendapat pahala
Terdapat banyak lagi fadhilat2 membaca surah Yassin ni
Antaranya....
( Jaja cedok dr blog seseorang..tq)
Untuk renungan bersama..
semoga sama2 mendapat petunjuk...
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",
iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, enyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
*
*
Sesungguhnya..banyak kelebihan membaca surah Yassin ni
Jadikan membaca Yassin sebagai amalan kita
tapi kena ingat !!
Jangan baca Surah Yassin kerana hari tu adalah hari khamis malam jumaat
Bacalah Yassin bila2 yang kita mahu..ok..
Wallahua'lam..

0 Beu-T Is Talking:

Related Posts with Thumbnails