JaJa'Z Latest Stories

Showing posts with label Tortilla. Show all posts
Showing posts with label Tortilla. Show all posts

Monday, May 26, 2014

Cheezy Upside Down Chicken Tortilla..

Assalamaualaikum...
pagi ni ada yang frust menonggeng lagi ke sebab kalah Piala Thomas semalam..
rilek la..jaja pun frust gak..tapi apa kan daya..
takde rezeki lagi piala tu nak balik semula ke Malaysia...kita saborrr je lah...

Rasa macam dah lama tak tepek cerita tortilla kat blog ni kan ?
sebelum2 ni jaja memang selalu buat..
jadi bila dah lama tak makan..sekali sekala teringat..terus terliur..
dah kebetulan kami g membeli barang2 dapur kat Giant, jadinya jaja beli la sekali bahan2
nak buat resipi tortilla ni..


So ni dia breakfast untuk kami laki bini semalam...
kemahinnnnn...siap ber orange juice bagai pagi2 buta..omputih sangat kan..
padahal sental sambal belacan..kuikuikui...

Tortilla ni sedap makan panas2..time cheese pun dok cair lagi n kulit tortilla still rangup...
huishh..memang heaven lah....

Ada yang tanya kat fb, macam mana nak buat cheezy upside down chicken tortilla ni..
hamboihhhh nama makanan tak hagak2...ber upside down bagai...
yelah, dah kena telangkup terbalik..upside down la namanya tu kan....
okeh, meh jaja share serba sedikit bahan2 n cara nak membuatnya yek....
sangat2 simple mimpleeee... :)


Jaja gunakan tortilla wrap jenama mission ni..
korang bleh guna perisa apa2 pun..ada yg plain, wholemeal,potato,pepper..
but kali ni jaja try jenis potato and chives...
Salad jaja suka mixsalad yg ada jual kat Giant tu..dlm sebekas tu ada dua jenis salad
plus ada cherry tomato lagi..so, senang keja...
and cheese plak..jaja guna mozarella...

Cara membuatnya....sonangbaituuuu


Nampak tak kegigihan jaja kat situ, snap pic step by step lagi..hahahha

1. Taburkan grated mozarella cheese kat atas kulit tortilla yang dah jaja layurkan
kejap atas non stick pan..
2. Susun segala mak nenek salad yang korang nak termasuk tomato
3.Letakkan isi ayam..kes jaja ni , jaja guna leftover ayam kfc..part tang isi2 tu
selalu sgt la tak laku kan..or else korang bleh guna ayamas chicken popcorn
4. Letakkan sos..if nak boh mayo pun boleh gak..
5. Tabur lagi sekali cheese mozarella..boh banyak2 pun takpe..sedappp!
6. Ambil sekeping kulit tortilla lagi n tutup bahagian atas ayam tadi tu...
7. Panaskan semula tortilla kita atas pan dgn api yg kecil sehingga cheese kita agak mencair 
dan diterbalik kan untuk kedua2 side..
8. Dah siap!! boleh la dipotong...
9. Sedia untuk disantapppppp....

Senang kan.... :)


See! haish..terus lapar bila tgk semula...
if nak isi tebal lagi..bleh la layer banyak2 lapis...

Dan sebelah petang nya plak jaja ketung ketang lagi kat dapur...
terasa nak makan bubur kacang hijau plak dah....
bleh kudap2 time tgk badminton n sesambil nak membalas bekas tupperware jiran...


Makan sambil tgk badminton..terus dapat nama
bubur kacang hijau Piala Thomas...
tapi rasanya kena boh pjg lagi nama tu..

Bubur kacang hijau kempunan nak merasa menang Piala Thomas..
hehehhehe

Aci?

By the way...jaja nak ucapkan TAHNIAH untuk pasukan badminton
negara kita...walaupun kalah tipis dengan pasukan Jepun..tapi mereka semua
dah buat yang terbaik...

TAHNIAH MALAYSIA!!

ehem2...Takuma Ueda tu hensemmm lah.. :)


Tuesday, January 22, 2013

Beef Kebab & Beef Wrap...

Memula kan...En Zack sebenarnya mintak menu lain untuk dinner malam ni...
Disebabkan tadi dia lunch lewat..dekat kul 4 baru nak makan..
jadinya katanya idok la berapa lapar sangat..
so, being a wife yang 'rajin'..jaja meng'offer'kan diri untuk masakkan En Zack maggi ayam
dan juga goreng keropok lekor...
En Zack kata beressss..jaja pun nak on je lah dengan plan tu...

Pastu bila jaja buka fridge nak amik kepok lekor..
tetiba jaja bleh plak terpandang kat beef kebab yang jaja beli hari jumaat lepas
blom dimasak2 lagi..kang kalau jaja biar lama2..expired la plak kan...
tak pasal2 je rugi and dah membazir plak dah...
makanya sebelum proses membazir berlaku..meh la jaja kerjakan beef kebab tu...

Godek punya godek...last2 jadi lah


Beef kebab dan beef wrap...

nak cuba buat sendiri?? mudah jek..meh nak crita...
hehehhe
actually, beef kebab tu jaja beli yang dah siap marinate jek kat Giant nun..


Jaja grill jek kat atas pemanggang ajaib...and jangan lupa letakkan sket minyak kat daging tu..
supaya daging kekal juicy...
takde lah lama mana pun..grill dengan api sederhana lebih kurang 20 min..
sesambil grill, bleh la dibalikkan daging tu supaya masak sekata..

Dan ini lah hasilnya...


Memula jaja ingat nak makan gitu jek kebab ni...
pastu bleh plak jaja teringat yang kat dlm fridge ada kulit tortilla and salad 
pastu tomato pun ada sebiji lagi..
so, apa lagi..terus zasssss buat menu kedua plak...


Panaskan kejap kulit tortilla atas non stick pan..untuk lembutkan
pastu daging kebab tadi jaja hiris nipis...
letak daun salad..boh tomato and letak sos sket...
tak perlu letak sos banyak2 sebab daging kita tu dah cukup lengkap
dengan semua rasa...so, sos tu just melengkapkan jek...


Dah siap!!!

nampak je macam simple..but bila makan sekali..kenyang wehhh


Daging yang sangat lembut and juicy..superb!

Jaja tanya En Zack lepas habis makan tu..

Nak saya masakkan maggi ayam jugak ke..
kot2 la tak kenyang..

terus En Zack jawab

Ni pun kenyang tak larat nak sumbat dah..

Hahahaha
Alhamdulillah..happy rasa bila suami kenyang makan hasil air tangan kita
^___^

Wednesday, June 1, 2011

Resipi : Cheezy Chicken Loaf Tortilla


Morning Morning!!!!
hello hello helloooooooooooo...

Wah kemain ceria nya jaja pagi2 ni yek...
kita ni bangun pagi2 muka kena la ceria2 sket wpun tak cuci gigi lagi..
bangn dengan muka ceria baru la rezeki tu masyukkkkk kan....

Okeh2...hari ni jaja nak berkongsi satu lagi resipi mudah,ringkas dan
yang penting sedappppp....
Boleh buat as minum petang bersama anak2 dan suami
for sure diaorang mesti suka punya lah...ntah2 siap order nak lagi nanti...

Cheezy Chicken Loaf Tortilla...

Bahan2 nak buat menu ni lebih kurang sama jek 
macam nak buat popcorn chicken tortilla dalam entry NI ...
Cuma kali ni jaja pelbagaikan sket resipinya dan jaja guna plak
chicken loaf...
tak tau guaner rupa chicken loaf??
takpe2 jangan risau...ni jaja tunjuk untuk sesapa yang tak tau yek..

Ni lah mendanya...
chicken loaf with cheese ..
Kalau nak cari kat pasaraya2, cuba tgk kat bahagian frozen..
ada yang jual dalam peket tapi yang ni jaja beli yang timbang2 kati jek..
takde nak beli banyak2 pun..jaja amik chicken loaf ni dua keping dan
meat loaf pun dua keping jugak....

Bahan2 lain yang diperlukan seperti
Kulit tortilla
coral salad
sedikit hirisan tomato
mayonis
sos cili 
dan bahan yang paling penting ialah....
Sos keju jalapeno...

tapi kalau takde sos ni pun boleh jek...
janji sedap ditelan...

Cara nak menyediakannya..mudah ya amat

First, layur kan seketika kulit tortilla di atas pan supaya kulit tu
jadi lembut sket dan memudahkan kita nak menggulung nanti...

Susun salad di atas kulit tortilla tadi...

taburkan tomato dan letakkan sos cili, mayonis dan juga sos keju jalapeno

Akhir sekali baru lah kita letakkan chicken loaf kita tu diatas
dan gulung kemas2 macam kita gulung popia...

Sebelum dihidang, kita panaskan seketika tortilla kita diatas pan..
dan lepas tu boleh la dipotong serong....
Pastu siap dah boleh dimakan....

Mudah kan....??
Menu ni juga antara menu seimbang, ada karbohidrat,sumber2 protin, lemak 
dan vitamin2 dari sayur2an tu..
So, sapa2 yang tengah berdiet, menu ni juga bleh diselitkan dalam menu
diet u all semua...

Menawan hati sungguh tengok isi kat dalam tu....

Setiap gigitan anda adalah berharga..hehheheh

Selamat Mencuba!!!!

Monday, March 21, 2011

Menu Ulangan Lagi..

Ni sebenarnya menu makan petang jaja hari sabtu lepas...
niat di hati memula nak buat chicken tortilla tu jek..
memang jaja buat pun..dapat la bagi kat jiran sepinggan dengan 
bagi ke kawan En Zack satu tupperware..

alih2 rasa macam nak buat 
cheezy tortilla and nachos plak...sebabnya
stok cheese ngan nachos still dok ada lagi dalam freezer..
sos keju jalapeno pun ada jugak...
so, dapat la 2 keping cheezy tortilla nachos ni..
tapi puas juga jaja nak memotong menda alah ni tengah panas2...
puas potong berkali2 baru boleh..
bukannya apa..takut tekan beria2 sangat...
kang habis terburai plak isi2 kat blah dalam tu..dah tak lawa jadinya..
adakah jaja patut beli menda alah ni..???

Pizza Cutter...
Baru la jaja dapat potong lawa2 sket cheezy tortilla jaja tu kan...
hehehhe

Untuk resipi cheezy tortilla and nachos tu...
bleh rujuk kat entry ni yek..
jaja dah try buat dulu and memang sedap rasanya..
cuma beza kali ni jaja guna cheddar cheese dan jaja tambah dice tomato...

Selamat mencuba...

Friday, March 18, 2011

Buah Tangan Dari Cameron Highland...

Malam semalam masa jaja dok bz blogging..
tetiba kawan En Zack datang...
disebabkan En Zack ke surau time tu, nak tak nak jaja je la yg keluar

Ni ada sayur2 dari Cameron Highland ni...
Wah!!!
memang sayur2 kegemaran jaja ni..
ada 3 jenis salad,cili merah yang super duper merah
dan 2 biji strawberry..heheh
mentang2 la berdua jek..2 biji jek dapat strawberry nya.....
heehhe
no lah, tak kisah pun...
dapat sayur2 salad tu lagi syok..

Terima kasih banyak2 Cik Shaiful... :p

Salad banyak ni....emmmm rasa2 mcm nak buat something jek
dah lama tak pekena chicken tortilla ni... 
buat untuk minum2 petang on weekend ni syok jugak...
Ahhh! kira jadik laaaaaa
^___~

Wednesday, February 23, 2011

Resipi : Cheezy Tortilla and Nachos...

Selamat malam semua....
uish....lewat malam baru jaja sempat melawat blog cute jaja ni...
bukan sebab banyak sangat2 kerja..
tapi sebab wireless kat sekolah ada problem plak..
pastu balik petang td, En Zack plak ajak teman dia memancing..
jadinya, malam baru la jaja sempat meng'online'kan diri..

So, malam ni jaja nak share satu resipi mudah,ringkas dan sedap..
actually dulu kat KFC memang ada buat resipi ni..
tapi jaja dah lupa apa namanya...
dan yang paling penting...resipi ni menggunakan sos keju jalapeno tu..
jadinya moh la kita try sama2 yek..

Cheezy Tortilla and Nachos
Bahan2 yang diperlukan : 
1 peket tortilla
1 peket Nachos 'Chachos' perisa original
100g parmesan cheese 
200g popcorn Chicken Ayamas
dan last sekali..... 
Sos keju jalapeno..
dan kalau korang suka, bleh letakkan tomato yang dipotong dadu..
jaja tak letak tomato sebab takde plak tomato dlm freezer time tu..
jadinya pakai je la apa yang ada...

Cara menyediakan:
Panaskan seketika tortila diatas non stick pan.. 
Diatas tortilla yang telah dipanaskan seketika tu, taburkan keju parmesan
diikuti dengan beberapa ketul popcorn chicken dan juga nachos
yang telah dipecah2kan..

Letakkan bahan2 tersebut separuh diatas permukaan tortilla.. 
letakkan sos keju jalapeno
dan seterusnya 
taburkan keju parmesan seberapa banyak yang nak dibahagian atasnya.. 
Kemudian lipat tortilla tersebut 
dan panaskan semula tortilla diatas pan dengan api sederhana besar..

Dah siap!!!

Bolehla dipotong kecik2 seakan2 'apam balik' dan makan panas2.... 
Nampak tak tu??
Melted cheeseeeeeeee!!

Selamat Mencuba....

*****************************************************

Jaja simpan jugak beberapa ketul untuk En Zack rasa..
walaupun jaja tau dia mungkin tak suka apa yang jaja buat ni..
tapi tetap la simpan jugak nak bagi suami rasa..

Bila En Zack balik jek dr main takraw...terus jaja suruh dia rasa..

Ish la..abang nak mandi pun suruh makan jugak..

En Zack membebel sambil ngap sepotong masuk dalam mulut...

Eh! sedap!!...tinggal kat abang yang ni..abang nak makan lepas sembahyang..

Lega! mujur la dia suka..
nampak gayanya, boleh la jaja buat lagi lepas2 ni..
hehheheh

Related Posts with Thumbnails