JaJa'Z Latest Stories

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Sukantara 2015

Morning lovely!
Lately banyak betul xtvt sekolah yang sedang n akan berlangsung..
last week semua student sibuk test 1..
ni dah habis test sibuk bersukan plak dah...
start semalam kami bersukantara dulu...walaupun start pagi dampai waktu rehat je
but yang tak tahan nya ..cuaca teramat la panas...
berpeluh2 sakan cikgu n anak murid kat padang...tapi mujur la tak lama sangat..
kalau sampai ke petang mau ada yang pengsan sebab kepanasan gak ni..

Nest week hari selasa dah mula acara awal dan rabu full day sukan and balapan..
yang hari rabu sampai ke tengah hari...
adoila..tak leh bayang bebudak ni nak perbarisan n berlari tengah2 panas...
hpefully semuanya berjalan lancar lah..amin...


Panas, tapi kena maintain vogue okeh....hehehhe


Sukantara melibatkan semua pelajar but hanya untuk tiga acara..
lari 100m, lontar peluru n lompat jauh je...
tang lompat jauh ni, kalau budak pompuan alamatnya lompat selangkah je la..
jaji cecah pasir n dapat kutip markah....


Dinner semalam jaja beli yong tau fuu je kat pasar malam..
badan letih n malas je rasa nak masak...mujur la Tok Janggut tak banyak bunyi..hehheh

Skang ni bebudak n student dok bz buat latihan kat dewan..
sabtu ni sekolah jaja baru nak bermesyuarat PIBG..
kat kelas pun bebudak takde sangat...ada latih nyanyi la..latih tarian la..
main kompang la...haish...
mood mengajar pun dah kelaut...

Sebab tu semua cikgu skang ni rasa tak sabarrrr sangat nak cuti...
nak rehat!
3 bulan pertama persekolahan ni memang macam ni la sibuk nya...
segala agenda nak kena settle...
and lepas cuti sekolah seminggu nanti...
menanti palk satu lagi acara besar kat sekolah jaja ni...iaitu
majlis persaraan pengetua!
hopefully lepas2 tu kami dapat la slow kan sket xtvt n tumpukan pada PdP plak...
haishh..letihhh letih.....but itu kerjaya kami...
take it or leave it...

Monday, August 6, 2012

It's Ok Datuk LCW

Jaja ni bukan la jenis hantu tengok acara sukan2 pun..
nak2 plak untuk sukan Olimpik kali ni pun memang jaja tak mengikuti sangat..
sekadar gitu2 je lah..

But untuk game final acara badminton semalam jaja dapat la ikuti ramai2 dengan ipar2 duai..
mula2 game memang jaja tak tgk la..sebabnya dok solat segala..
dah masuk set kedua baru jaja berkesempatan nak tgk..

Bila set pertama Datuk LCW menang, jaja dah suka dah..
tapi masuk set kedua si LinDan plak menang...haishhh !
nak jugak main untuk set ketiga...
tak suka lah..sebabnya debaran tu lagi makin hebat..
jaja ni kalau tgk game2 mcm ni, mula la perut ni rasa bergelodak jek...
takut kalah pun yer...rasa macam nak tutup jek tv tu..tau2 dapat result jek..bleyy?
hehheheh

But game Datuk LCW untuk final set memang best!
score pun memang senget sangat2...
tapi apa kan daya, kali ni pun kemenangan tidak berpihak pada kita..
sekali lagi Datuk LCW tewas ditangan musuh tradisi beliau, LinDan..
tapi kemenangan tipis je pun..21-19...
but kita Malaysian tetap berbangga dengan usaha yang dah diberikan oleh datuk LCW..
kita semua tahu dia usaha dengan sehabis boleh...
cuma tuah tak menyebelahi kita semua...
takpe lah Datuk...cuba lagi next2 game yek..

tapi tengok reaksi muka Datuk LCW lepas dia tewas tu, jaja pun jd sebak..
nampak sangat yang dia betul2 frust..
sampaikan dia menitiskan air mata...

it's ok la Datuk....

Kami semua tetap sokong Datuk!!!

Hehehhe...
tetiba plak jd peminat Datuk LCW yek...:p

tukar channel jap...

weekend ni dua malam berturut2 jaja ngan En Zack berbuka kat umah mak En Zack..
kebetulan kakak and adik En zack yang dok Kl ada balik..
makanya memang penuh la makanan time berbuka tu..
dan jaja pun sangat2 goyang kaki sebabnya selalu2 jaja masak gak sejenis lauk 
and bawak makan kat sana..
tapi kali ni betul2 malas..seriusly punya malas...
kekdahnya, beli je lah kat bazar ramadhan and bawak je ke sana..
tapi idok la jaja beli lauk2..sebab dah tau lauk memang banyak..
jaja beli kuih2, puding,buah2...
bleh gak buat kudap2 lepas2 solat terawikh...

Malam semalam, kitaorang siap layan anak2 sedara main bunga api lagi..




jaja tukang snap2 gambo jek...
tak kuasa nak main bunga api lagi weh..besor panjang dah..hehehhe

tukar channel lagi..

Ni plak menu jaja last week...
tak ingat dah hari apa yang jaja masak spagetti ni.. 

time ni jaja betul2 tak lalu nak makan nasi..
jadinya jaja plan masak spagetti blognese jek untuk jaja...
dan untuk En Zack, dia tapau lauk dari pasar ramadhan sejenis dua..

tapi kali ni jaja twist sket..
selalu jaja masak guna daging cincang, but kali ni jaja guna daging burger plak..
just cincang daging burger ni kecik2..pastu terus boh dalam pan tanpa minyak..
nanti daging burger tu sendiri akan keluarkan minyak..
lepas tu baru masukkan bawang besar yang dicincang halus...
yang lain2 tu sama je lah mcm spagetti yang biasa2 kita semua buat...
letak mushroom,sos prego, tomato puree,oregano flakes dan paprika..
dan jaja tetiba rasa mcm nak makan meatball sekali..
so, campak kan jek meatball Marina...dah siap!!
Jaja sorang jek yang mengadap spagetti ni..En zack mana dia layan menu2 gini..
jaja berbuka, makan malam and sahur tetap dengan spagetti ni jugak..
hehehhehe
licin satu periuk...alhamdulillah...
hehehhe

Monday, April 11, 2011

Berakhirnya Sukan Untuk Tahun Ni...

Yuhuuuuu.....
ada yang rindu kan jaja ke?
ada tak?? wah! macam ramai jek yang rindu kan jaja ni...kan kan?
hehehheh

Sorry sangat2 sebab tak berupdate blog jaja ni untuk beberapa hari..
last week memang jaja super duper sibuk...
start dr hari selasa dah bermula sukan acara awal..
membawak ke hari2 lepas tu jaja ngan cikgu2 umah biru
sibuk dok buat preparation untuk hari sukan pada hari ahad yang lepas...
nak kena siapkan hiasan khemah..nak kena tlg2 bahagian perbarisan
bebudak ni...
pendek kata memang penat sangat2...
itu tak campur lagi dengan kelas2 pengajaran yang mcm biasa2 tu..
jadinya bila balik petang memang dah penat dan malam plak
jaja hanya mampu blogwalking umah kengkawan jek..
nak balas komen kawan2 kat entry2 jaja pun tak larat dah..

okeh..jaja ketepikan kejap pasal penat2 ni..
sebabnya episod penat2 ni tak habis lagi sebenarnya...
sebab bersambung lagi xtvt baru minggu ni..apa xtvt nya..
nanti jaja cerita kan yek...

Dah2..moh kita layan hari sukan kat sekolah jaja kelmarin yek..

Pagi tu jaja kesekolah macam biasa...
terpaksa awal sket sebab dah janji dengan geng2 umah biru 
nak set up hiasan kat khemah umah biru..

Lepas dif2 jemputan serta ibu bapa sampai...
maka bermula la acara perbarisan dan lintas hormat oleh
ahli2 rumah sukan dah badan2 uniform...
Rumah Mat Kilau dengan tema Maxico..
Mat Kilau vs Mexico..rasa2 nya ada kena mengena tak?
hehhehe
Rumah Dato Bahaman..dengan tema Samudera...
ala2 lanun terlepas la tu...
Rumah Tok Gajah dengan tema Alam sekitar...

Rumah Tok Peramu dengan tema bunga mata hari 

yang ni plak pasukan badan2 beruniform...

Lepas semua nya selesai...
diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku,lagu Negeri Pahang
dan Lagu sekolah..serta bacaan ikrar oleh ketua pelajar....
Persembahan taek kwon do...
Persatuan ni baru jek ditubuhkan..tali pinggang hijau ni je la yang paling tinggi...
hhhehhehe
Pengetua bersama para2 jemputan...
Kat sini la tempat jaja bertugas...kat bahagian hadiah..
tapi nya..memang la jaja tak lekat kat meja ni..
tak mencabar langsung kalau hari sukan main duduk jek kat meja hadiah..
apa baranggggg..
jaja pun apa lagi..kejap2 hilang gi kat bahagian hakim balapan..
main jerit2 sokong bebudak berlari..baru la hari sukan namanya...
stakat duduk jek..amat la tak produktif..
jaja ni siap request kalau bleh tahun depan nak jadi hakim kat balapan..
baru la naik 'minyak' bersorak time bebudak ni lari..

Bila acara perbarisan semua selesai..
maka bermula la acara2 yang blom dipertandingkan...

antara acara yang dipertandingkan hari tu...
100m,4x400m,4x100m,lompat tinggi, rejam lembing,lempar cakera...

Jangan tak tau..
bukan setakat acara bebudak ni jek...
mak2 ngan pak2 budak pun semangat joint sukan jugak...
Acara untuk ibu bapa..lontar peluru dan lari 60m..
caya lah makcikkkkkkk.. hehhehe
Unit pertolongan cemas...
diaorang ni bebudak kelas jaja jugak...suka jaja kenakan bebudak ni...

Nak tengok hiasan2 kat khemah2 umah sukan?
Umah Tok Peramu...

Umah Mat Kilau...
Umah Tok Gajah..

Umah jaja????
tengok la cikgu2 umah sukan jaja yang penuh semangat..
menghias khemah sukan ni dr pagi2 lagi...

Tema Samudera dan hidupan laut...
Glory2 the bluessssss...

Penat2 hias umah..jom menggedik kat umah orang lain sat...
Jaja and Amy..
ida and Amy..
Warna warni guru2 SMKLH...
Berpanas terik  dari pagi..muka pun dah kilat semacam dah...

Setelah berhempas pulas..berpanas terik di bawah mentari..
kami dihadiahkan dengan....
Aiskrim!!!!
Semua pakat merasa..dari cikgu2,student2 sekali dengan mak bapak dapat
merasa aiskrim ni....
Terima kasih tokey aiskrim.. :p

Lepas  makan2 ais krim ni..
ada lagi acara tarik tali...tapi jaja tak sempat dah nak snap2 gambar
sebab lepas2 tu dah bz untuk penyampaian hadiah...
cuaca pun time tu dah berubah..dari panas terik...
terus berubah gelap...memang nak hujan kaw2 punya lah...
penyampaian hadiah pun tak dapat disampaikan sampai habis...
terus cepat2 buat cabutan bertuah..dan lepas je nombor terakhir dicabut...
hujan memang turun tak agak2 dah..lebat2 amat...
tapi mujur jugak hujan turun lepas semua acara selesai....
kalau tak, lagi la susah....

Lepas dah makan2 kat kantin ,kitorang pun balik la...
lenguh2 kaki jaja ni takyah cakap la...
rasa macam nak kejang betis2 jaja ni...sampai je umah
lepas mandi2 ngan solat...terus jaja membungkang sampai lupa kat suami..
hehheheh
lupa kejap je la...pastu ingat balik... :p

Tamat dah sukan untuk tahun ni...

Wednesday, April 6, 2011

Acara Awal Sukan Tahunan...


Ke mana la jaja menghilang kan... :p
hehehhe
semalam jaja sempat auto publishkan satu entry jek..
pasal birthday En Zack tu..
yang lain2 nak cerita memang tak sempat dah..pastu balik umah dah penat..
malam plak melayan TV...sampai mood nak update blog
terus tertunda...

Apa la yang jaja buat semalam sampai penat sangat yek??
Ni ha..semalam kat sekolah seharian kitorang cikgu2 ngan student2 
kena berada dipadang untuk acara2 awal sukan tahunan...

Lepas jek perhimpunan pagi..semua student berkumpul mengikut umah2 sukan..
dan ketua2 umah suka pun bz la dengan atlit umah masing2
yang akan sertai acara awal pada hari semalam...

Lepas dah pilih2 atlit..kul 9 pagi semua nya bergerak terus ke padang...
dengan cuaca yang agak terik...tapi 'telan' je lah..
sebenarnya untuk sukan kali ni, jaja dah ditugaskan untuk bahagian
penyediaan dan penyampaian hadiah...
kerja tu memang la tak susah pun..susun2 meddle then 
bagi kat para pemenang jek...
tapi agak bosan la jugak ngan tugasan jaja tu sebabnya just dok tercongok je
kat meja urusetia blah atas padang...
maka dengan berbesar hatinya jaja joint dengan geng2 jaja
kat acara balapan..
kalau orang lain takde nya lah nak menempel tengah2 panas..
rela dok berteduhhh lagi bawah pokok...
but being me...jaja lagi suka merapu meraban ngan geng2 jaja
walaupun bawah panas terik..
Antara hakim2 acara balapan...
hakim balapan dan geng2 'rescue 911'..hehhe PBSM daaa
Antara acara awal yang dipertandingkan semalam antaranya..
lari 200m,400m,800, dan 1500m...
pastu termasuk la sekali acara lontar peluru,rejam lembing,
lompat jauh ngan lompat tinggi...

konon2 jaja dok kat hakim balapan tu malas la rasa nak bersorak
sakan2 sangat..
nak tengok jek bebudak berlari...
tapi!
takde derrrr....nak2 plak kalau bebudak umah jaja yg nampak gaya
macam nak menang jek..
mula la jaja terkinja2 bersorak...
semangat kesukanan tu...eh, kesukanan ke ek..
ke semangat menjerit je lebih...hehhehehe
Dekat kul 12 jugak la baru semua acara selesai..
mujur la cuaca pun kadang2 redup...tak la hangus sangat kitorang..
Menempel jek diaorang ni..
dok kat meja hakim pengiraan markah...
barisan guru2 team 'Red Warrior' yang penuh semangat!
nak pasang strategi la tu konon2nya...
cit podahhh!!!
hehehhehe

Lepas semua acara selesai, student2 pun diarah masuk ke dewan
untuk acara penyampaian hadiah plak...
tak sempat dah jaja nak snap2 gambo sebabnya
diri ku ini sibuk tolong susun2 meddle untuk para pemenang...

Badan dah penat sangat2 time ni..
muka ni toksah cakap la melekit2 dah ngan peluh...
tapi tetiba we all terkeluar idea nak pi lepak SR plak petang tu...
dah la balik awal..syok jugak tu...

Adakah kitorang gi menggedik plak ke SR???
tunggu kan next entry yek...
hehehheh

Related Posts with Thumbnails