JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, August 18, 2015

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015

Salam Kemerdekaan untuk semua!!!!
Semangat berkobar2 lain macam sket bila masuk bulan ogos ni kan...
ye ke? hahahhah

Alhamdulillah 31 ogos nanti negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan
yang ke 58...
dah 58 tahun negara kita merdeka kan...
merdeka dari dijajah, bebas dari pengganas, negara makin maju
yang penting..kita semua hidup aman bahagia...
pasal politik2..jaja tak berapa nak minat..so, takyah citer bab politik2 yer...

Masuk bulan ogos ni..kat sekolah kompem ada majlis pelancaran
untuk bulan kemerdekaan...


Majlis kat sekolah jaja semalam....
majlis yang ringkas jek..tapi meriah n seronok....
tapi kureeenggg sket sebab tuan pengetua plak tengah MC, dia baru lepas operate..
if not for sure lagi meriah..

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ni termasuk lah
pertandingan permainan2 tradisional, pertandingan papan kenyataan merdeka terbaik,
pertandingan keceriaan kelas bertemakan merdeka, 
pertandingan mencipta Jalur Gemilang dr bahan2 terpakai ,
 pertandingan lagu patriotik oleh badan uniform, 
pertandingan sayembara puisi merdeka dan banyak lagi lah...
Memang tak sabar rasanya nak plan dengan student2 kelas jaja untuk hias kelas...
kita tunggu dan lihat nanti yer...


Majlis bermula selepas perhimpunan rasmi didewan...
Agenda macam biasa lah...ucapan dr GPK 1 dan juga ketua penyelaras program...
tapi sebelum tu....meh kita posing2 dulu...


dengan bff, Zurin...


Bab2 posing, cikgu2 memang tak kalah...


pantang hala camera kompem semua senyum..hik hik hik


Perasmian bermula dengan perarakan masuk pelajar2 
yang memakai baju2 tradisi kaum2 di Malaysia
serta barisan badan2 uniform sekolah...sambil diiringi dengan nyanyian lagu
Tanggal 31....


Gimik pelancaran bulan kemerdekaan sebenarnya ada student naik motor bawa watikah pelancaran..
jaja ada rakam video...tapi malas plak nak upload kat sini..hehehhe
kalau nak tgk bleh jenguk di IG jaja yer... Jajasariza :)


Selesai majlis perasmian...


Nyanyian lagu tema Hari Merdeka untuk tahun ni #SehatiSejiwa


Satu Malaysia sangat kan??? heheh


Bendera Malaysia pun dan penuh kat sekitar kawasan sekolah...
memang sangat2 meriah...


Untuk semua...

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA!!!

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!


0 Beu-T Is Talking:

Related Posts with Thumbnails