JaJa'Z Latest Stories

Thursday, April 19, 2012

Memang Jaja Campak Kerusi Itu!

Seingat2 jaja...memang dah lama sangat jaja tak buat entry luahan perasaan..
terutamanya kalau bercerita tentang perangai student2 kelas jaja sendiri..
tapi siang tadi memang jaja rasa diaorang dah over the limit...
sesabar mana pun jaja ni dengan student2, tapi kalau dah perangai semuanya teruk..
sapa2 pun bleh hilang sabar...

Jaja ni bukan jenis yang cepat melenting...
seboleh mana jaja mampu tahan..jaja akan cakap elok2 lagi dengan diaorang ni...
but lately..jaja rasa motivasi jaja untuk mengajar diaorang...
memang sangat2 down..
dengan masalah disiplin diaorang yang tak berkesudahan pastu tambah plak dengan
prestasi akademik yang makin teruk...mmg betul2 buat jaja down!

Tapi jaja ni masih pikirkan tanggungjawab...jaja teruskan jugak mengajar..
walaupun kadang2 rasa macam nak biarkan jek bebudak ni...

Ni kes hari ni...
Start hari ni sampai sabtu nanti, bebudak ni ada ujian penilaian 2..
pagi tadi dengan semangatnya jaja masuk kelas form 4 jaja..
dan memandangkan paper pertama start kul 8 pagi, jadinya kena prepare awal2 sket..
nak kena pastikan kelas ok..meja2 bersusun elok...
tapi bila jaja masuk2 je kelas..meja tunggang langgang..herot bengot je susunan..
masing2 just betulkan meja sendiri2 jek...
yang meja2 dan kerusi  tak ber'tuan' bergelimpangan kat depan kelas

Dari mood jaja mula2 elok..terus rasa nak melahar macam naga betina..
dekat lima enam kali jaja mintak mana2 pelajar lelaki tolong angkat meja dan kerusi
yang dok bergelimpangan kat blah depan kelas untuk bawak ke belakang..
TAPI sorang pun tak berganjak dan tolong...
masing2 buat muka tak tau..umpama macam jaja ni bercakap ngan tunggul..
tu tak campur lagi yang dok bercakap tak henti2 sampai tak hirau cikgu dia ni
dah tercongok kat depan kelas...
sampai last sekali jaja cakap lagi..tolong angkat meja dan kerusi2 ni ke belakang..
baru lah terhegeh2 ketua kelas ke depan...
jaja ni ingatkan dia akan angkat la segala meja dan kerusi..
eh ehhhh..dia amik meja jek...kerusi tu dia biar jek kat depan...
memang time tu betul2 jaja rasa nak naik angin sangat2...

Memang jaja nekad dah dalam hati..kalau takde sapa yang nak amik kerusi tu..
memang jaja nak angkat and humban je ke bawah(kelas jaja di tingkat satu)..
dah geram sangat hati ni time tu...
jaja tengok jek ketua kelas jaja tu angkat meja and dia gi duduk kat meja dia semula...
jaja tengok sorang2 bebudak kelas jaja...sorang pun takde berganjak nak tolong...
lelaki ke pompuan ke sama jek...

Niat hati memang nak campak dah kerusi tu ke tingkat bawah..
tapi pk2 balik..tu kerusi kayu..
kalau campak..buatnya patah..tak pasal2 jaja nak kena ganti semula..
dah la harta kerajaan...

Tapi sebab geram punya pasal..jaja angkat jugak kerusi kayu tu..
and jaja campak kat luar kelas kat tepi koridor...
berdentum bunyi kerusi tu kena campak..
part lagi best..masa jaja campak kerusi tu..pengetua sekolah jaja dok ronda sekolah..
dia nampak ke tak nampak ke..jaja dah tak kisah dah...
bebudak kat dalam kelas terus tersenyap dah time tu...agaknya semua terkejut..
maybe diaorang tak sangka yang jaja akan buat macam tu...

Ingatkan habis dah sakit hati bila dah campak kerusi tu...
rupa2nya sampah bawah meja masing2, sorang pun tak kutip...
kena la jerkah sekali lagi...
sampai dah besar tingkatan empat tu pun nak kena suruh jugak kutip and buang sampah sendiri..

Bila jam dah hampir kul 8..
jaja pun dah start nak edar2 kertas soalan...jaja minta diaorang keluarkan
kertas jawapan OMR masing2 and letak atas meja...
pastu semua bebudak ni buat muka cuak...

YUP! hampir keseluruhan kelas jaja tu tak beli set kertas jawapan OMR kat koperasi..
Ya Allah....memang menguji kesabaran betul bebudak ni...
padahal memang dah tau tiap2 kali ujian bulanan,kertas jawapan OMR and kertas kajang
memang bebudak ni kena beli sendiri kat koperasi...
dari hari isnin lagi dah diingatkan kat perhimpunan...tapi sorang pun
tak pernah nak amik berat tentang peperiksaan...

Emmm..jaja tak tau la apa cerita lah cikgu perdagangan diaorang menanda
40 soalan objektif bebudak ni kat kertas soalan...
memang sakit hati la dibuatnya....

Tu blom tgk bebudak yang baru start exam 5 minit terus tido tanpa buka kertas soalan langsung..
emm...tak tau dah nak cakap apa....

Susah betul nak memanusiakan manusia!


12 Beu-T Is Talking:

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Jaja.. haiii.. mencabar betul jadi cikgu sekolah menengah sekarang. Akak kat peringkat kolej nipun rasa nak menangis dengan kerenah student... huhuhu

εïз mummyHaza εïз said...

banyak cabaran seorang guru ni kan... malah ape2 kerjaya pun ade cabaran.. banyak2 sabar la jaja.. budak2 sekarang dah bertambah advance..

akillaibrahim said...

assalamualaikum cikgu, salam perkenalan.ish..trk btl bdk2 sekolah skrg ni..ms time2 kita dl ckp hormat kat cikgu..btl2 kn byk bersabar cikgu2 sekarang.

Syue Mustafa said...

Tak pernah lagi saya dengar student teruk macam ni. Takde rasa tanggungjawab.

Messy Mummy said...

K.Jaja...
Tak tahu nak cakap apa... Tapi sabar jerlah K.Jaja.
MM dah banyak kali tengok sendiri depan mata student2 skrg tak hormat cikgu. Diaorg nie tak tahu lah tak diajar ker mmg tak nak diajar bab2 adab.

Tapi sbgai cikgu, itu tanggungjawap & amanah terpaksa jugak telan pahit ker manis ke...tapi sekali sekala naik hangin macam Kjaja nie best gak. Hehehe

Sentiasa bersabar & ngucap banyak2 bila nak ngamuk lagi kay :D

A.I said...

huiii...aku boleh bayangkan mcmana keadaan tu. tp dulu aku ngajar budak form 1 & 2. ada gak la ampunnya. kau kene kuatkan semangat k..

JaJa'Z said...

kak yus..kalau bebudak kolej, dioarang malas ke, diaorang tak dtg kelas ke at least diaorang yg tanggung..tak bleh masuk exam or kena kick dr kolej..but sekolah..buat apa2 pun kena hadap jugak diaorang ni kak...

JaJa'Z said...

betul mumy...kerja apa2 pun memang ada cabaran..tapi cabaran yang main dengan kerenah manusia ni memang sangat2 la mencabar jiwa...

JaJa'Z said...

akilla...memang jauh sangat beza bebudak dulu ngan skang ni..jaja yg mengajar since 2002 ni..mmg nampak sangat2 perubahan bebudak sek nowaday..memang semakin teruk...

JaJa'Z said...

syue..banyak lagi kes yang dasyat2 syue..ni sebahagiannya jek...

JaJa'Z said...

MM..akak ni jenis susah nak mengamuk MM..but sekali dah naik angin..memang teruk la..sebab skang ni memang terasa penat sangat2 dengan kerenah bebudak ni skang ni..jgn kata bebudak form 5..bebudak form 1 pun dah bagi senak kepala...and bebudak skang lebih berani dan dah berani ugut2 cikgu...

JaJa'Z said...

AI..bebudak dulu baik2 lagi weh..skang ni bebudak form 1 pun dasyat kemaian dah tau....aku memang bersabar sokmo2 pun..masa2 akan dtg tak tau la cabaran mcm mana lagi yg akan dtg...

Related Posts with Thumbnails