JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, November 15, 2011

Hari2 Terakhir Di Minggu Persekolahan...

Kalau korang nak tau...
waktu2 yang paling sibuk bagi seorang yang bergelar guru ialah sewaktu
awal dan akhir tahun...

Kalau awal tahun,cikgu2 ni sibuk dengan urusan pendaftaran pelajar,
urusan pembayaran yuran,pentadbiran organisasi kelas,
settle kan hal2 fail panitia termasuk la urusan pengurusan xtvt kokurikulum...

Macam skang ni plak,dah akhir tahun..
kami sibuk plak uruskan hal pelajar2 nak SPM,uruskan hal pengurusan kelas..
serahan buku yuran, kemaskini buku register,
penyediaan sijil2 PEKA & PAFA...
pendek kata lagi sibuk la dr biasa2...dan kalau guru kelas plak..
ditambah la jugak dengan penyediaan sijil2 berkaitan
termasuk la penyediaan sijil berhenti sekolah...

Bila dah pegang kelas tingkatan 5 ni..ni la kerja paling bercinta nak siapkan..
kerja yang leceh...tapi nak tak nak kena settlekan juga..

Semalam dari kul 10 pagi sampai ke pukul 3.30 petang jaja mengerjakan hal
sijil berhenti sekolah bebudak ni...

bersepah2 meja dengan kertas2 sijil..
tambah pening kepala lagi kalau maklumat pelajar tak berapa nak lengkap..
tu yg membantutkan urusan kerja2 ni sebenarnya..

Mana2 maklumat yang ada..bleh la dirujuk dr buku register harian diaorang...

Semalam  tah berapa keping kertas terbuang macam tu jek..
gara2 setting asyik tak mengena  dengan sijil..
bila print tak kena..betulkan lagi..
tak kena juga..then buat lagi..
sampai la ok...tu yang rasa nak mengamuk je semalam..
berpeluh2 jaja sesorang dlm lab yg aircond ala2 kedekut jek nak sejuk

Bila setting dah ok..
tetiba dah print, teringat plak ada data yang lupa nak dibetulkan...
dah la rugi lagi...jadinya kena print lagi...
adoi laaaa..


Rasa nak menangis pun ada semalam....
mencikkkkkkk dengan kerja2 buat sijil ni...

Lepas dah berhempas pulas...
akhirnya....

Siap juga!
Lega dah..malas nak pk2 dah....

Untuk semua ibu bapa yang ada anak bersekolah dr darjah 1-6 dan dr tingkatan 1-4,
wang sumbangan RM100 sudah boleh diambil dr sekolah anak anda masing2..
dah dapat tu gunakan lah dengan sebaik mungkin yek...

2 Beu-T Is Talking:

En iLHAM said...

huhu
memang susah jadik cikgu kan
dahlah kene mengajar, pastu hal pentadbiran pun kena buat jugak
sebab tu lah cikgu ni kerja paling mulia. all the best kak.nant cuti sekolah p holiday yer.hehe

Chilabaey's Spot 2 said...

Confirm habis sebelum buka sekolah.... Hehehehe... :)

Related Posts with Thumbnails