JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, March 9, 2011

Majlis Mesra Jiran Tmn Tunas Mahkota 2011

Ada dalam entry lepas jaja cakap yang hari sabtu hari tu ada lah hari yang 
penuh dengan aktiviti bagi jaja..
blom habis penat dengan xtvt masakkan rimba kat sekolah..
blah malamnya plak kitorang ada majlis mesra jiran...

Objektif utama majlis ni, just untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim
antara kami sesama jiran..
ye lah, kadang2 tu kenal muka..nama tak tau...
time selisih main angguk2 senyum2 jek..sebab tak tau nama...
jadinya bila buat majlis mcm ni, bleh la lagi berkenal2an...

Macam jaja ni yang bekerja,kurang masa dirumah..just kenal jiran2 terdekat jek..
pastu bila joint xtvt, baru lah tau nama jiran2 yang lain..
sebab tu bila hidup berjiran , jangan jd macam 
'katak bawah tempurung' jek..
kena bergaul2 sket dengan yg lain..sebab tu petang2
jaja akan spend time lepak2 kat luar umah dengan jenjiran yg lain..
alhamdulillah, rasanya kalau sebut jek nama jaja, isteri zack..
kerja cikgu Lepar Hilir..insyallah, orang dah kenal kot...
tak rugi kita saling mengenal sesama jiran semua ni..

Ish..banyak plak membebel...heheheh

Sebenarnya xtvt ni adalah saranan dr pengerusi taman jaja sendiri..
nak buat majlis besar2 satu taman, makan belanja yg banyak..
dan takut objektif tak tercapai..
so, cadangan permulaan..buat majlis mesra jiran mengikut lorong2...
dan kali ni turn jenjiran lorong 4,5,6 dan 7 dulu..
lepas2 tu bleh la lorong2 yang lain plak ikut jejak langkah...
Menu yang telah ditetapkan dlm meeting sebelum tu ialah
bbq ayam ngan sosej,meehun goreng,buah2 dan air..
tapi alhamdulillah...rezeki terlebih..
ada yang sedekah pulut kuning ngan rendang,kuih muih
dan keropok...
jadi la tu..tu pun kira dah banyak sangat dah...
Lepas zuhur petang tu , geng2 lelaki dah mula buat persiapan tempat
letak tempat memanggang,susun segala kerusi dan meja..
malam tu selepas solat maghrib,mula la operasi bbq..
time ni..geng2 bapak2 la yang mulakan tugas...
makanan pun dah siap dihidang time jaja dan jenjiran yang lain sampai..
tapi jangan ingat kitorang goyang kaki tak buat kerja plak ek..
kang kata datang makan jek...
the day before tu jaja and the geng dah gotong royong siapkan
bahan2 nak perap bbq...sampai pedih2 mata mengupas bawang :p
Lokasi majlis ni kat lorong 7..berdepan dengan umah pengerusi taman jaja...
senang sket..buat kat tengah2...masing2 bleh datang
Ni antara hidangan malam tu...
bila bbq dah siap..masing2 pun beratur la amik2 makanan...
bila buat majlis macam ni..sebenarnya bebudak yang seronok terlebih..
main kejar2 sana sini..dah penat main2..
datang balik kat meja amik makanan..dah makan, sambung balik main...
menjerit2 bebudak malam tu keseronokkan....
ni pinggan jaja...hehehhe
ayam bbq tu En Zack yang songlap untuk bini dia...
kepak satu, peha satu...hahhaha dia tau dah selera bini dia ni..
pastu tak cukup..tibai lagi satu peha...
jerit jek nama En Zack..pandai2 la dia cari ayam bbq tu...
tak cukup kerusi..siap hampar tikar lagi..
makan kat bawah bersila..lagi puas hati nak makan katanya..
lepas2 makan..sambung borak2 dengan jenjiran...
jaja pun ada dua tiga orang yang dapat jaja kenal..
dok tgk muka jek selama ni...so lepas2 ni dah tau nama..bleh dah 
bertegur sapa bila jumpa

jaja pun respect jugak dengan jiran2 'anak2 dara' lecturer matrik
ngan UMP sebab diaorang pun sudi joint majlis ni...
siap2 berborak2 lagi dengan kitorang..
alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan..
insyallah, lepas2 ni nak buat majlis kali ke dua pun tak kisah dah...
jaja lagi suka... :p
Sebelum balik..dibekalkan setiap rumah dengan sebungkus 
meehun goreng ni..
alhamdulillah..takyah pening2 kepala nak pk masak apa plak
hari ahad esoknya tuh...

Corat coret Majlis Mesra Jiran
1. Penyediaan makanan telah dibahagikan mengikut lorong...
2. RM20 dikenakan bagi setiap keluarga yang joint majlis ni..
3. Semua peralatan adalah sumbangan surau ,TUDM dan orang2 perseorangan
4. 20 ekor ayam,15 peket sosej, 21 bungkus meehun dimasak..
5. Hanya 32 dari 65 buah keluarga yang melibatkan diri dlm majlis ni..
yang selebihnya..tetap mengamalkan sifat 
' lantak la xtvt apa yg korang nak buat,ada aku kisah'...

SEKIAN

1 Beu-T Is Talking:

Unknown said...

wahh..bestnya kan ada majlis2 mcm ni..akak ni wlu x bekerja tp cuma kenal jiran t'dekat jer....yg depan umah ni dah berkali ku senyum tp dia buat derkkkk jer...huihhh...katanya cikgu...tp kenapa blh jadi x mesra alam mcm tu...hurmmmm....

Related Posts with Thumbnails