JaJa'Z Latest Stories

Monday, March 21, 2011

Apsal Nak Caras Orang Berniaga ?


Tetiba malam ni rasa macam nak emo sket..
jaja ni memang jarang boh entry emo2 ni..memang tak brapa nak minat
kalau emo kat student tu biasa lah...tapi kali ni
jaja memang emo sangat2 dengan orang yang tak tahu nak hormat
kita sebagai tuan punya blog...

Apsal nak caras2 orang berniaga..?
jaja tak pernah pun nak ganggu orang2 lain yang sama2 cari rezeki..
rezeki masing2,masing2 punya habuan..
yang jaja tak paham..kenapa ??

Dalam bulan lepas rasanya,member jaja kena
masa tu jaja memang rasa kesian sangat2 kat member jaja tu...
jaja cakap kat dia, maybe ni dugaan kita yang baru2 je nak berniaga..
'lalat' tu dah tinggalkan 'taik' kat blog member jaja..
rupa2nya dalam jaja tak sedar tu..
rupa2nya 'lalat' tu pun ada tinggalkan 'taik' juga kat blog jaja
tapi dia letak pada entry2 yang lepas..tu yang buat jaja tak perasan...
itu pun mujur jaja terbaca semula entry tu...
kalau tak, sampai sudah la jaja tak tau...

Kalau nak berniaga menda yang sama, tu tak salah..
pandai2 la gunakan kreativiti tu untuk promote apa menda yg dijual tu
macam jaja, jaja gunakan fb dan blog untuk tujuan promosi..
En 'lalat' pun sila la buat menda yang sama..kalau rasa nak promote sangat2
sila promote menda yg dijual tu kat blog sendiri..
jangan la nak menempel kat blog orang lain plak..
En 'lalat' nak jual dengan harga yg lebih murah ke..
En 'lalat' nak jual dengan harga pukal ke..ikut pandai En 'lalat' la..
tapi bukan promote menda2 tu kat blog saya ni...

Ish..habis lembut dah lidah ni nak marah2 kat dalam blog..
emmmmm
kadang2 heran kenapa manusia ni, menda semudah ni pun tak boleh nak pk..
kenapa la tak sensitif sangat ..ish ish..

Member jaja tu siap cadang nak hantar jek msg kat En 'lalat' tu..
nak bagi tazkirah sket kat dia..
'Adab dalam berniaga'
tapi memikirkan faktor keselamatan no hp..terbatal la niat tu..
kalau En 'lalat' tu boh email dia sekali..mau gak rasa hati ni nak hantar
sebaris dua pantun kat dia...mana tau kot2 dia nak jawab plak kan..

Eiiii..geramnya lah!!!!!!

9 Beu-T Is Talking:

dieya said...

ishhh.. sapa laa yg jahat sangat tuh.. teruk betul! ikutlah suka pelanggan lah nak pilih yg mana, rezeki masing2 kan. takpe k jaja, org niat jahat berniaga pun tak berkat.

Chilabaey's Spot 2 said...

Ada juga terbaca di ruangan entry yang lepas2... Siap bagi nombor phone lagi promote benda yang sama...

Cuting market orang lain, tak betul caranye tu.... Harga memang murah sikit tapi masing2 punya rezekilah...

Saya sendiri dengan wife pun mula2 tu terpengaruh juga dengan harga dia, tapi cara dia main kotor tu terus saya tak jadi nak beli produk tu... Baik saya order dengan Jaja jer... Insyallah... Mahal2 lah janji ikhlas dalam meniaga.... :)

lemongrass said...

Perangai some manusia memang macam tu, tak pernah senang tengok orang lain berniaga benda yg sama. Dia aje yg nak cepat kaya, cepat dapat duit tapi tak nak berusaha.
Takpe Jaja, mcm Dieya ckp, tak berkat dia meniaga mcm tu. Satu hari nanti Allah tunjukkan jugak.

Unknown said...

masya'allah...apa kene org tu yerk..akak x perasan pulak dgn komen en.lalat tue....

biarkanlah dia jaja...yg penting kita ikhlas berniaga....org klu perangai mcm tu pasti akan ada balasan utk dia...klu bukan sekarang pasti di 'sana' nnti...x baik tabur pasir kat periuk nasi org lain.....

hurmmmmmmm... (rasa geram jugak nih.....)

JaJa'Z said...

dieya: akak ngan member akak sempat juga siasat..tapi rasanya mamat tu takde blog..ada juga jumpa dia promote kat forum2..
pi la menempel kat tempat yg sepatutnya...nak niaga2..niaga la elok2 kan..takde sapa pun nak marah..ni pi promote menda yang sama jual kat blog kita plak..

JaJa'Z said...

en chilabeay...rupanya ada jugak yg terperasan comment dr en lalat tu yek..jaja pun baru jek terjumpa..tu pun sebab baca semula entry2 lepas...dia nak niaga jaja tak kisah pun..tapi jgn la tutup periuk nasi orang lain....

JaJa'Z said...

kak mynn: tu lah..geram sangat2 rasa..apsal la manusia ni nak untung tapi cuba nak tutup periuk nasi orang..takde rasa bersalah ke ha...tak kan yg tu pun tak bleh pk..biar Allah je la balas perbuatan dia...

JaJa'Z said...

kak lieya: jaja lagiiii lah geram kak...bukan akak je tak perasan..jaja pun tak perasan jugak..jaja rasa la..dia google pasal menda alah tu..then tiap2 blog yg ada jugal..agaknya habis semua dia promote gak..jahat kan....eii..busuk hati punya olangggg..

Syue Mustafa said...

Dugaan dalam berniaga. Tetapi kita sebagai manusia yang bertamadun tak elok nak menganggu periuk nasi orang.

Related Posts with Thumbnails