JaJa'Z Latest Stories

Monday, August 16, 2010

Amik Kau!! Tak Pasal2 Kena Halau dari Kelas....

Bulan puasa ni memang la mencabar iman...
dan time2 ni jugak la bebudak ni suka menguji kesabaran jaja
sekali dua cakap, kalau tak dengar
jaja bleh tahan lagi...
tapi tadi memang jaja tak bleh tahan sangat2..
makin menjadi2 perangai bebudak ni...

Jaja ni dah plan malas nak marah2 tengah2 bulan mulia ni
suruh bebudak ni dok elok2,buka buku...
time mengajar tolong dengar...
tapi ada sesetengah tu umpama jaja ni bercakap dengan
gerai jual kuih..
suara kita makin kuat, dia pun sama naik kuat..

Tadi jaja bagi latihan dalam buku text dan minta bebudak bincang
dan akan disoal lepas 5 minit...
sampai kat sorang student laki ni dr awal dia dok bercakap jek
buku text tak bawak, buku latihan tah ke mana
bila jaja soal dia..baru dia terkial2 cari latihan mana..padahal soalan yg dia nak jawab tu
dah sampai soalan ke 4...
nampak dah kat situ tak bagi tumpuan...
jaja sabar lagi..
pastu soalan mana pun dia tak tahu..bila ditanya lain, jawab pun lain..
tu memang cari kemarahan la..
dah la last kelas minggu lepas dia sengaja ponteng kelas jaja
pastu bila dia jawab, bleh plak tergelak2..
jaja sabar lagi...
bila jaja suruh dia jawab elok2..dia bantai pi amik jawapan orang2 lain yang dia dengar
padahal jawapan tu salah..
mendanya senang jek..just nak state kan positive atau negative..
tu pun tak bleh jawab!

Dengan rasa tak kuasa dah nak melayan
"Awak gi keluar lah Zulkarnain kalau awak rasa tak nak belajar sangat!"
DAN!!!!

Dia
KELUAR!!!

dan siap cakap kat pintu
"Wei! korang tak nak kuar sekali ke!"
dengan bangga nya....

Kekadang perangai bebudak macam ni la yang buat jaja
jadi fade up nak mengajar kat sekolah ni...
time2 cenggini la rasa macam nak isi borang tukar jek..
serabuttt!!!!

8 Beu-T Is Talking:

Danial Ikhwan Jaafar said...

wow..boleh tahan 'sopan' budak tu ye kak ja..apakah tak diajar menghormati orang tua, cikgu? =S

A.I said...

memana skolah pon sama je jaja. bebudak skang ni bukannye tau takot. mintak dijauhkan la prangai gitu dari anak2 aku...amin..

JaJa'Z said...

danial: that the students attitude nowadays...sakit hati ni toksah cakap lah....

JaJa'Z said...

AI: betul dah tu..memana sekolah sama jek skang..perangai masing2 tah apa2...aku ni sampai ke pencen nak jd cikgu..mcm ni tiap2 hari perangai budak, mau sakit jiwa jaja..

En iLham said...

erk
memang kurang ajar gile student tersebut
aduhai
akak doakan lah die dapat hidayah
memang dapat menggandakan pahala pose akaklah rini

sabar yer kak
guru ni memang banyak dugaannya
saya pun rasa tak layak nak pikul tanggungjawab seorang guru
so cikgu mcm akak ni memang saya respek gila lah

JaJa'Z said...

syamil: akak ni rasa nak menampo2 jek budak tu..tapi skang ni memang malas dah nak layan..lantak diaorang la...ikut perangai diaorang..kita pun jd macam diaorang...

muffins Jue said...

tu la budak2 zaman skrg kn..xheran lgsung dh kt cikgu,xde rasa hormat dh..krg ajar melampau..jaja ngajar sek.men ke?

JaJa'Z said...

jue: tau lah jue..budak skang ni banyak sangat pendedahan yg tak bermoral..nilai sivik langsung takde..nama jek beajar sivik...a'ah jue..sek menengah...tu yg semua besar kaplaaaa

Related Posts with Thumbnails