Assalamualaikum
selamat pagi semua
Hari ni dah masuk hari ke 6 bebudak menengah atas
exam pertengahan tahun
paper math jaja pun dah selesai
tinggal jaja nak berhempas pulas je menanda paper2 tu
dengan 'hati kering'
sebab dah tau dah gaya jawapan yang jaja akan terima
kejap tadi dah selesai tanda paper math kertas 2 untuk kelas 4MPV
seperti yang dijangka!
paling tinggi hanya dapat 25 markah je dari 100 markah bagi kertas 2
adoi laaa!!!
so kesimpulannya
semua student kelas 4MPV gagal !!!
jaja rasa untuk kelas 4Luhur pun sama je gayanya
nampak gaya ada yang kena amuk bila naik cuti nanti...emmmm
.
.
Kadang2 terpk, apa la yang bebudak ni dapat lepas 1/2 thn berlalu
cikgu mengajar bagai nak rak, latihan ngan kerja umah
bagi setambun dah
tapi ada jugak student yang hanya jawab soalan graf semata2!
sakit betul hati jaja tengok
kertas soalan tu suci murni je jaja tengok td
takde langsung rasa usaha pelajar tu nak menjawab sedikit pun
walaupun pada soalan lorekkan set
semua ruangan jawapan dibiarkan kosong
kalau dalam kelas dia la heronya, dia la yang kecohnya,dia la yg over acting nya
tapi bila time exam
macam tu jawapan yang ko bagi kat cikgu !!!
Emmmm...
Mendidih je rasa hati ni
.
.
Kisah tengah hari semalam
jaja menjaga exam kelas tingkatan 5H
dalam kul 12.40 hingga lah ke pukul 2 ptg
bebudak ni exam sains kertas 1
paper objektif la
lepas jaja dah siap edar2 kertas soalan dan pelajar pun boleh mula menjawab
5 minit berlalu...
jaja perasan boleh dikatakan hampir 3/4 pelajar kelas tu
'tembak' jawapan kat kertas omr
tanpa melihat soalan langsung!!!
laju je masing2 menghitamkan ruangan kat kertas jawapan
" Cuba la selak soalan tu dulu, baca...ni semua main hentam je !"
jaja mula naik geram dah time tu
tak kira dah time exam ke tak...
" Tak paham menda pun cikgu !!"
tu yang bebudak tu jawab emmmm
dalam hati ni
" Apa la yg korang belajar selama ni...takkan la satu pun tak masuk ke kepala"
Selesai acara 'menembak'
pastu belaka2 'tertiarap' kepala memasing kat meja
kejut dua tiga kali pun tak bangun2
ish..geramnyaaa!!!
rasa nak pukul2 je diaorang tu
kul 1.15 petang hampir semua pelajar kelas tu tido time exam
Tak daya dah jaja nak mengejut tiap2 sorang
dah la mata jaja ni pun macam mata 'garfil' dah
emmmm
Tak tau la jaja
jaja ni menjaga diaorang exam atau menjaga diaorang tido !!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari ni tak kuasa nak 'belit2'
^___~
12 Beu-T Is Talking:
Uiisshhh...cikgu marah la *0*
aiyoh.
budak budak mmg banyak songeh.
haish.
sabar..sabar..dugaan mengajar budak zaman sekarang macam tula..:)
ishhhh seb bek x jadi cegu...kalau x mau mkn ati jek
netti: membuak2 dah marah ni..
hizami: bersedialah anda yer...
anna: memang mencabar sungguh anna..tak terdaya dah ni..
lelord: bukan setakat hati..jantung, pedal, limpa..semua bleh makan...hehhehe
aduh
rotan jer jaja
kalau ayu jadi cikgu diorang dah piat pusat depa....
kikiki (ingat dulu2 ada cikgu BI yang piat pusat kawan2 yang buat bising..adoi..........)
ishish..t zaman sekolah dulu..cenggini ler selalunya..budak lelaki yg selalunya bat pangai cenggini kt sekulah larra
kaka ayu: rotan tu pun dah jemu dengan diaorang..rotan jaja sampai hancur dah dikejakan.
larra: dulumaybe budak laki je..zaman skang ni..laki pompuan sama je..
Post a Comment