JaJa'Z Latest Stories

Thursday, March 25, 2010

Tepek Emas Dimuka?? biar betul ???

Assalamualaikum
Hari ni sekolah jaja cuti peristiwa
Ada YB datang untuk penyampaian geran untuk peneroka2
guna plak dewan sekolah kitorang
maka bercuti lah kitorang hari ni....
Best jugak..time orang semua kalut2 nak gi sek
kitorang jeling2 menja je sambil lepak2 atas katil..hehhehe
Dikesempatan cuti ni jaja amik peluang gi gym time pagi2
best sket...tak panas macam petang2
Balik dr gym
jaja merewang jap ke Giant
hajat hati nak beli segala kelengkapan bilik air
shampoo,shower gel,ubat gigi,pencuci muka
semua dah sampai paras2 bahaya dah..heheh
*
*
*
Kat giant,capai bakul hijau tu..terus ke bahagian toileteries
bakul dah sedia..terus tibai
bedak baby,ubat gigi,berus gigi,shower gel,shampoo
baby oil,pad,panty liner
dan last sekali pencuci muka...
Bab pencuci muka ni sebenarnya
jaja tak tau nak guna produk apa nak bagi kulit putih berseri tanpa kesan jerawat
nak kulit tegang dan anjal je
sebelum2 ni jaja dah guna tiga empat produk..tapi jaja rasa sama je...
tak nampak perubahan yang ketara
masa dok belek2 pencuci,dtg la sorang amoi ni
dok promote jaja satu produk ni
SAFI RANIA GOLD
kalau dalam iklan kat tv tu
model nya si Catriona Ross tu
( mana tau kot2 pas ni kulit jd putih gebu mcm Cat plak ke)
*
*
Lepas amoi tu bla bla bla lebih kurang citer pasal produk
jaja pun pk..." why don't i give a try"
mana tau kot2 produk ni kena plak ke dengan kulit muka jaja
Packaging produk ni memang menawan la..
kaler gold gitu
lagi pun produk ni menggunakan formula Nano Emas 24K
bukan susuk emas okey !!
:p
Skang ni tengah ada promotion untuk barangan Safi Rania Gold
Set siang @ set malam
Set siang mengandungi pencuci muka,penyegar dan juga serum
manakala
set malam plak mengandungi pencuci muka,penyegar dah krim malam
untuk melengkapkan set siang jaja
jaja beli jugak krim pelembap siang dan juga krim kecantikan
Pencuci Muka
Ia membersihkan kulit daripada kotoran, habuk dan daki selain membantu menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit segar sepanjang hari.
Penyegar
Ia dirumus dengan air mawar bagi membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas membasuh muka.
Serum
mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus
Cara menggunakannya mudah sahaja :
Cuci muka menggunakan pembersih wajah
sapukan penyegar
sapukan serum disekeliling muka
sapukan pelembap
dan akhir sekali
gunakan krim kecantikan yang juga bertindak sebagai alas makeup....
Serba sedikit berkaitan produk Safi Rania Gold

Safi mengeluarkan produk yang menerapkan partikel nano emas 24k dalam rangkaian produk penjagaan kulit terbarunya – Safi Rania Gold.
Produk ini selamat, berkesan dan disahkan halal
Emas terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan kedalaman kedutan.
Ia meningkatkan keanjalan kulit dan memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.
Emas juga merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat, tegang dan awet muda.
Produk ini mengandungi protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah dan memulihkan kesegaran wajah.
Safi Rania Gold Serum mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus.
Dalam hanya tiga minggu, kulit cerah berseri.
Safi Rania Gold membawakan pelbagai produk antipenuaan untuk tujuan kecantikan kulit
(ehsan oleh Cik Gugel)
*
*
*
Harap2 lepas 3 minggu nampak la perubahan nya ek...
So, dah bleh amik jaja jadi duta produk tak rasa2nya ?????

0 Beu-T Is Talking:

Related Posts with Thumbnails