JaJa'Z Latest Stories

Thursday, February 4, 2010

Terkejut Aku !!!

Assalamualaikum...
peristiwa ni sebenarnya berlaku hari jumaat lepas
masa tu time rehat, macam biasa jaja kat dalam makmal ict tengah siapkan buku rekod
Lepas semua dah settle jaja pun nak naik la ke office
tetiba ada sorang student buka pintu
then bagitau
" cikgu! cikgu ! makmal terbakar ! "
pastu dengan selamba bleh lagi jaja tanya
" terbakar macam mana ? " ( soalan bodoh apa kah ini)
Dalam hati dok pk sapa plak bakar sampah tepi makmal aku ni
student tu tambah lagi
" siap kuar api dah cikgu !!"

*

*

*

*

Jaja pun apa lagi..kuar la tengok kat mana yang terbakar
bila kuar je tgk kat meter elektrik kat blah luar makmal dah berasap2 siap ada api lagi
dalam hati mula dah takut
Terus jaja suruh budak2 yg ada kat luar makmal bagitau cikgu2 mana yang ada kat bilik guru

*

*

*

*

Time tu kalau ingat balik semula memang nak tergelak :p
Jaja lari plak ke blah dalam
nak tgk kot ada sapa2 lagi yang ada kat makmal
Dalam hati ni dok pk takut menda tu tetiba meletup je...
naya aku !!

*

*

*

Tengok2 si Fid dengan selamba dok tanda buku kat dalam lab
jaja pun apa lagi..sambil terloncat2
" Fid! Fid! makmal terbakar !!"
sekali jaja dengan fid berlari plak ke luar
tetiba teringat plak laptop jaja kat dalam bilik
masuk balik semula gi off kan plug ( sempat lagi tu)
Then terus jaja call cikgu yang mana sempat jaja terjah namanya dlm hp ni
Mujur cikgu2 laki ada kat kantin time tu..
Si Fid siap lari sampai ke bengkel KH..

*

*

*

*

Bila cikgu2 laki sampai...
menda pertama terjah ialah menda alah ni

Mujur lah alat pemadam api ni ada dalam makmal dan berfungsi elok lagi
kalau tak berfungsi...puas plak gi cari kat tempat lain...
Tengah2 kalut mula la semua gabra
ada cikgu laki tu cakap
" macam mana plak nak buka pin ni"
padahal latihan kebakaran tiap2 tahun buat
kalau dah kalut semua menda yang tau pun jadi tak tau...

*

*

*

*

Alhamdulillah..semuanya selamat
bahagian meter elektrik tu je yang terbakar
Yang jaja risaukan kalau la menda tu meletup..
ishhh..dalam makmal ict barang2 dah la banyak..harga plak main puluh2 ribu..
mujur la...takde apa2 berlaku

Lantai habis berdebu dengan debu kering dr alat pemadam api tu..

Meter Elektrik yang terbakar

*

*

*

*

Tengah hari tu jugak
pihak TNB datang dan gantikan segala menda yang terbakar kat meter tu..
rupanya berlaku 'overload' elektrik kat makmal
and TODAY..
semuanya dah ok...Syukur kepada Allah semuanya selamat

2 Beu-T Is Talking:

A.I said...

Uish! bahaya tu wei. Dah le yg terbakar kt meter tu. Buatnya jadi litar pintas ke apa, tak ke naya? tp syukur la sumenya selamat...

JaJa'Z said...

tu la pasal...jaja tak penah kena situasi macam tu..dok terbayang menda tu meletop je...

Related Posts with Thumbnails