JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, February 24, 2010

Soup Of Da Day...

Assalamualaikum
Minggu lepas masa family jaja dtg ke kuantan ni
ayah ada belikan 2 ekor ayam organik
se ekor ayam kampung dan se ekor lagi ayam daging
Ayam kampung tu dah selamat mama buat masak kurma
sooooo yummy bummmyyyyy......
Bila mama dah balik Perak
rupanya ada lagi baki se ekor ayam dalam peti ais
AHHHH Sudah!!!
Sapa plak nak perabis makan ayam ni
Hubby dah la mmg kurang makan ayam..
Jaja plak tengah berpantang makan ayam
Guaner la nak buat ni
Kalau tak dimasak...membazir pulak rasanya
dah la se ekor..kalau seketul dua je tahan lagi
*
*
*
Jadinya..ahad lepas jaja decide
nak masak terus se ekor ayam tu
dan bagi2 dengan jiran sebelah
Ada rezeki, kita kongsi sama2..ye dakkk????
*
*
*
Ini lah dia
SUP AYAM AKU CINTA PADA MU
Ah! Ah! Ah! :p



walaupun sup ni jenis sup cikai2 je..
dan ramai antara readers kat luar sana yg expert sangat2 masak sup ni
Tapi jaja tetap nak berkongsi juga
sbb kali ni jaja buat sket kelainan
mana tau ada yang nak mencuba plak kan..
*
*
*
Bahan2 nya :
1. 1 ekor ayam dipotong kecil
2. Bawang merah,bawah putih di potong halus
3. Cili api di tumbuk kasar
4. 2 sudu serbuk sup
5. 3 biji kentang dipotong dadu
6. Lobak merah dipotong dadu
7. Bunga kobis + tomato
8. 2 batang serai
9. Beberapa helai daun limau nipis
10. Daun sup + Daun bawang
11. Air secukupnya
12. Garam + bahan perisa
13. Minyak untuk menumis
*
*
*
*
Cara untuk menyediakan :
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan cili api
4. Masukkan ayam dan biarkan goreng seketika
5. Masukkan serbuk sup yang dicampur dengan air sedikit
6. Setelah ayam separuh masak, masukkan air secekupnya
7. Masukka serai yang dititik serta daun limau nipis
8. Selepas air menggelegak, masukkan segala sayur2 kecuali tomato
9. Taburkan daun sup+daun bawang+tomato
10. Masukkan garam dan bahan perisa
*
*
Senang BUKAN??????
Budak sek rendah pun bleh buat
Kelainan sup yang jaja masak kali ni ialah
jaja cuba masukkan serai dan juga daun limau nipis
So, secara automatik sup ni dah ala2 macam sup siam la....
ada rasa daun limu purut tu...
SERIUSSSSS tak muak bila makan
*
*
*
Entry kali ni jaja malas nak amik gambo step by step macam
masak paprik baru ni..
Nak cepat sbb hubby dah nak balik..hehhehe
*
*
*
Hari isnin lepas plak
masa on da way balik dari gym jaja singgah kejap
kat pasar malam ( wlpun baru ptg)
Hajat hati nak beli nasi dagang untuk hubby...
masa dok leka jalan2 tu terpandang plak buah ni....
BUAH KUNDANG..
Korang suka makan buah ni tak?
Buah ni memang sedap giler...
dah la buah dia besar2...memang best la makan
hubby pun joint sekaki makan buah ni
pastu mula la terkerut2 muka..dia kata masam :p
Yang jaja terbengang sket..kat orang yg jual buah ni
first time rasanya beli buah tak bleh pilih sendiri
bukannya buah ni dah dilonggok2 kecil..tapi selambak atas meja jualan dia tu
Jaja dengan selamber la amik plastik dan pilih
alih2 adik tu sound
" kak..tak bleh pilih2"
tak bleh pilih??????? WTH......
Alasan dia tak bagi aku pilih
" sbb semua buah elok2"
aku ni bukan pilih sesaje dik oi..aku nak sket je buah ni..bukan nak beli 10 kilo pun....
lepas beli..terus blahhhh..!!!
dalam hati
APA DAAAA !!!

2 Beu-T Is Talking:

junaidi a.k.a hachiroku77 said...

ermmm yummy... tapi kalau ada resepi masakan singgang daging ok gak .. dah lama cari resepi tuh.. hehehe..leh lah uplod kat blog ni nanti yer.. ahakss..

JaJa'Z said...

singgang daging??? sorry ek..jaja tak minat singgang daging,,singgang ikan makan la jugak...

Related Posts with Thumbnails