JaJa'Z Latest Stories

Saturday, February 27, 2010

Katakan TIDAKKKK Pada.....

Assalamualaikum
MEROKOK
MEROKOK
MEROKOK
MEROKOK
MEROKOK
Banyak usaha telah Kerajaan kita laksanakan untuk
mengurangkan jumlah perokok tegar kat negara kita ni.
Pelbagai kempen, risalah,iklan2
sampaikan dekat kotak rokok tu sendiri pun diletakkan dengan
gambar2 kesan daripada merokok.
TERIMA KASIH kepada Kerajaan Malaysia
Kemudian harga rokok dinaik kan..
dan yang terbaru, rokok dalam pack yg kecil tidak akan lagi dikeluarkan
*
*
Selari dengan seruan Kerajaan Malaysia untuk membasmi kegiatan merokok ni
maka hari khamis lepas kat sekolah jaja
telah diadakan
Pelancaran Program Anti Rokok & Dadah
Kerjasama dari Bahagian Kaunseling sekolah jaja
dan juga Pejabat Kesihatan daerah Kuantan

Semua pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 terlibat
dan majlis di adakan di
Dewan Bestari sekolah jaja
Bak kata pepatah
"melentur buluh,biarlah dari rebung nya"
rebung kalau dah jadi buluh..keras kejung memang tak bleh dah nak lentur
Dari peringkat sekolah ni lah kita nak bentuk mereka
Sesi ceramah dikendalikan oleh wakil
dari Jabatan Kesihatan Kuantan
Juga terdapat risalah2 kesihatan yang berkaitan
untuk semua guru2 dan pelajar
*
*
Selain ceramah, satu sudut pula menempatkan
ruang pameran berkaitan rokok dan juga kesihatan
Giler punya besarkan rokok ni...cuba kita tengok apa disebalik
sebatang rokok itu..
Macam2 kandungan yang berbahaya ada..
nampak yang blah kiri sekali tu???
tak nampak..???
Nah ! bagi yg lagi clear
TIKUS !!!
Eeeewwwwww :p
Ni plak kotak Ajaib...
Kotak kesan2 dari aktiviti merokok
1. Broncitis
2. Emphysema
3. Lung Cancer
4. Bladder cancer
5. Prematurity
6. Atherosclerosis
7. Heart Attack
8. Stroke
Ruangan Pemeran kesihatan



Wakil dari Jabatan Kesihatan Kuantan
tengah menyampaikan ceramah kesihatan
Suasana para pelajar kat dewan
Me & kak Midah

Zurin dengan muka 'toyer' nya
*
*
Bebudak ni time mula2 start ceramah..memang la semangat
senyap je mendengar
sejam lepas tu..mula la nak bercakap2 dah...tak pay attention !
Tu la perangai bebudak skang ni
Lastly before sesi pelancaran habis
Diadakan plak sesi ujian kandungan nikotin dalam badan
Untuk para pelajar
Tanpa segan silu diaorang mengaku memang merokok
dan bangga menyebut rokok jenis apa yang dihisap tanpa rasa bersalah!!!!

SEE !!!..Brapa ramainya yang gi test tu...
tapi bila nak amik gambar
mula la mengelak..malu konon..!!!!
*
*
*
Pelbagai usaha sebenarnya telah dilaksanakan
Akhirnya baru2 ini kerajaan telah menyatakan
bahawa usaha serta kempen yang dijalankan telah
GAGAL !!!
Kat mana silapnya??
Kat mana lagi Kekurangan nya???
Apa lagi usaha yang akan dilaksanakan ??
Sesungguhnya untuk mengubah seorang perokok itu untuk berhenti merokok , bukan la satu perkara yang mudah..
Letak la gambar apa pun kat kotak rokok...Letak la brapa pun harga sekotak rokok
situasinya akan sama
selagi diri mereka sendiri tak mahu mengubah nya
Tepuk dada..tanya lah iman...
*
*
*
To My dearest Hubby : STOP Smoking please....!!! emmmm.....

0 Beu-T Is Talking:

Related Posts with Thumbnails