Assalamualaikum
Dua tiga hari ni my hubby tak berapa sihat
kesian betul tgk dia
mula dr hari isnin jaja dah perasan badan dia panas je
ajak gi klinik, dia kata malas
dok telan ubat yang dalam simpanan kitorang je..
last2 lepas 2 hari demam baru la hubby ajak ke klinik
sbb dia dah mula rasa macam nak kena lelah
' tu lah, ajak gi klinik degil !!'
*
*
*
*
lepas sedut gas kat klinik, alhamdulillah lelah dia ok
selama ni pun hubby lelah tak la teruk sangat
lepas amik gas dlm 10 min then rest..pastu dia ok la.
*
*
*
Petang semalam masa teman hubby makan malam
rasanya suara dia makin 'parau'
dengar tak dengar je bila dia bercakap
so, jaja ada dapatkan sket info tentang sakit tekak ni :
Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.
Rawatan
1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur
dengan air suam.
2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic.
2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic.
Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak
digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk
sindrom Reye’s.
3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat
3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat
penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak
dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.
4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh
4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh
membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.
( info from healthportal)
*
*
*
Jaja pun biasa kena sakit tekak ni
amat seksa rasanya kalau sakit tekak sampai suara pun hilang
memang tention je rasa, nak2 plak kalau gi mengajar suara tak brapa nak keluar
nak marah budak pun terbantut
*
*
*
Jadi masa kecik2 dulu, kalau sakit tekak selalunya ada petua2
yang mak kita selalu amalkan untuk anak2 dia
macam mama jaja dulu akan buat
air asam jawa yang diembun semalaman
then esok nya minum
*
*
*
So, ni ada beberapa petua yang boleh diamalkan bila kena sakit tekak ok...*
*
*
*
Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
*
*
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong.
Cubalah mengikut petua ini:
Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam.
Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam.
Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
*
*
Rebus beberapa biji buah pisang masak.
Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila.
Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.
Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
*
*
Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat
dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.
Campurkan dengan gula dan
embunkan selama satu malam.
Minum dua kali seminggu.
*
*
Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli)
dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
*
*
*
*
*
Selamat mencuba :p
3 Beu-T Is Talking:
thanks jaja. mmg tengah sakit tekak ni. jom singgah rumah saya pulak
Fadilah Vitashop
Ema
Tq untuk info.dah seminggu suami sakit tekak dan anak batuk berkahak xbleh tido kesian tgk. 😖 nak cuba lah..
http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
Post a Comment