JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, March 31, 2010

My First Ever Food Suppliment For Weight Loss

Assalamualaikum
Kat gym yg selalu jaja gi tu
mostly kalau blah petang memang ramai sangat
mamat badan 'ketak' yang datang
diaorang ni selalunya dtg gym bukannya nak lari atas treadmill
or cycling ke..
kebanyakkannya dtg and berlatih angkat berat
berpuluh2 kilo diaorang ni angkat
badan sorang2 memang besar giler la
kalah lengan jaja ni...hehehhe
.
.
.
Dari awal jaja start gi gym tu
ada lah sorang brother ni yg slalu gak dtg ngan anak kecik dia
jaja slalunya akan ignore la diaorang ni semua
dan just workout 'dlm dunia' jaja sendiri je
but last week tetiba abang ni tegur jaja
.
.
.
mamat: berapa kg dah berat turun?
jaja : emm...baru 9kg
(dlm hati mesti pas ni dia cakap bagus2 dah turun 9kg)
mamat: baru 9kg ??..lambat nya turun !
(hampeh tak guna !! ko la orang pertama yg cakap jaja gitu)
jaja: takpe la..slow2..tapi frust jugak la sbb skang ni berat dah turun mendatar...
mamat: awak makan suppliment apa untuk turun berat badan?
( suppliment menda plak ni)
jaja: suppliment?? takde..
mamat: awak kena amik jugak food suppliment..bagi lemak cepat pecah
jaja: ooooo......
mamat: kalau workout biasa2..hanya air dan lemak sket je yg terbakar,kalau ada
suppliment..lemak pecah lagi cepat....
jaja: suppliment macam mana yg sesuai ?
mamat : awak cuba lecithin 1200 jenis kordel....bleh dapat kat farmasi
jaja: takpe ke saya makan menda alah tu ?
mamat: takpeee...saya pun dulu makan menda tu..dr berat 120kg..skang dah jadi 75kg
jaja: yeke..? ish..ish..cara makan macam mana?
mamat: makan sebiji sehari blah malam..dan lemak akan dikeluarkan masa buang air besar..
jaja: ok jugak tu ek...nanti saya try cari...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semalam,masa nak beli hadiah untuk baby sarah
jaja bantai masuk farmasi dulu..
at last jumpa la jugak menda alah lecithin yang dimaksudkan

Mujur la bentuk kapsul
walaupun besar gedabak..tapi mudah nak ditelan...
kalau dlm bentuk tablet..mau tercekik kat celah anak tekak
hehhehehehe
.
.
.
.
Ni serba sedikit info berkaitan lecithin 1200
(ikhsan by cik gugel)
Lecithin is a complex mixture of compounds containing fatty acids and phosphorus and is also one of the richest sources of Choline and Inositrol, two important nutrients that regulate fat metabolism in the liver and emulsification in the body in general
An adequate supply of Lecithin is particularly vital to ensure maximum mental function because Choline is a precursor of a brain chemical that is directly involved with how efficiently messages are exchanged between brain cells.Additionally, Lecithin is highly regarded for its powerful emulsifying property, which can help dissolve small gallstones, aid control fatty particles in the blood, reduce cholesterol and lessen the risk of atherosclerosis
Benefits
• Lecithin plays an important role in fat metabolism by the liver
and emulsification of fats in the body.
• Required for normal brain functioning.
• Needed for cell membrane integrity
Dosage
Take one to two capsules a day with food. Daily dose can be taken in one serving
.
.
.
So far jaja baru try semalam je
and pagi td alhamdulillah membuang dengan jayanya..hehehhehe
cepat2 la lemak ni berambus dr badan jaja..
nyah kau !!!!!

Tuesday, March 30, 2010

Menjenguk Auni Sofea....

Assalamualaikum
Ada sesapa ingat lagi tak pasal Sarah ??
alah.. member jaja yg berpindah ke Kedah awal thn ari tu...
tak ingat??? kalau tak ingat bleh baca kat SINI
Ni Sarah..a friend of mine kat SMK LH
time ni dia dah preggie 8 bulan rasanya
but now
alhamdulillah,Sarah dah pun selamat melahirkan seorang baby gurl
yang amat cute miutttt..macam mama dia gak
So, petang td jaja pun bercadang nak melawat Sarah
sian dia..dah seminggu lebih balik kuantan
takde sapa lagi member2 yg dapat melawat dia..
kiranya i'm da first la...
masing2 bz..weekend pun sama bz je macam keja...
Before gi umah Sarah
harus la belikan hadiah dulu
bantai beli kat Anakku je....
selalunya jaja suka beli hadiah yang baby tu bleh guna la
kalau mandian or baju memang jaja jarang beli la
yang selalunya
kalau tak kelengkapan baby, jaja suka beli set makan utk baby
nampak cute je....
.
.
.
Hadiah dah beli
so, gerak la ke umah Sarah
sampai2 je kat umah Sarah..
Auni Sofea dok tido..geram je tgk...
"Assalamualaikum Sofea..."
alah2 cute nya dia tido....
Mana bleh tahan tgk baby tido lama2 kan..
so, jaja ngan sarah terus je dok godek2 badan Sofea sampai la dia jaga...
apa la......
Sofea jaga dah...muncung2 mulut dia yerrrr
Kejap je ok..pastu ' huwaaaaaaaa'
nampak sangat jaja ni tak reti nak main ngan baby..hehehhe
baru je angkat sofea,dia dah nangis
tak cukup tido kot..
Mama Sarah and Sofea :p
.
.
.
.
Bila dah jumpa sarah, maka jaja pun godek2 la citer pengalaman dia bersalin
pengalaman pertama kali bersalin punsarah dah kena bedah
sbb nya jalan tak buka,dan time tu jantung baby makin lemah
mujur jugak bedah,sebab leher baby pun dah terbelit dengan tali pusat
tapi alhamdulillah,semuanya berjalan lancar
.
.
.
.
Dekat sejam lebih jugak jaja lepak kat umah sarah
hampir kul 6 jugak la balik umah
mujur cepat sedar diri..heheheh
Jaja and sarah
.
.
.
Sarah,congrat okeyy...
selamat dah ek jadi mak orang
Sayang sarah sokmoooo..muah..muah...

Monday, March 29, 2010

Sesi Gulung Menggulung Popia

Assalamualaikum
Hari sabtu lepas, walaupun badan penat
sebab kena gi sekolah gak sempena majlis PIBG
petang tu tetiba rasa nak makan popia
Tapi ni bukan popia biasa yang berintikan sayur
tetapi
popia special yang jaja blajar dr Kak Suzi
Not Suzianah Sahar okey...but Suziana Musa
Kakak yg sama mengajar kat sek jaja
Memandangkan malam tu Earth Hour kul 8.30
so, cepat2 jaja siapkan petang tu jugak
kang puas plak nak buat menda alah popia ni dlm gelap
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Presenting
Mushroom Cambell Rolls
@
Popia Cendawan Cambell
.
.
.
Bahan2nya:
kulit popia yang saiz kecik@ besar
sebiji bawang besar didadu halus
satu tin sup cambell mushroom
( just mushroom tau..jgn guna mushroom potage atau corn and chicken ke ..kang tak jadi)
4 batang sosej mushroom AYAMAS dipotong dadu
6 batang crab meat dihiris nipis
1/2 tin cendawan butang didadu halus
sebatang carrot didadu halus
beberapa helai daun bawang
sebiji lada benggala didadu halus
serbuk lada hitam
1/2 cawan air
2 sudu minyak untuk menumis
.
.
.
.
Cara menyediakan inti :
panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
masukkan sosej,cendawan,lada benggala,carrot,crabmeat
masak seketika sehingga layu
masukkan satu tin sup mushroom cambell
letakkan 1/2 cawan air dan masak seketika
taburkan daun bawang dan serbuk lada hitam
Masak sehingga kering
.
.
Pantang larang !!
Jangan biarkan inti berair kerana susah untuk menggulung
Jangan masukkan garam kerana sup mushroom cambell mmg dah masin
.
.
.
.
biarkan inti sejuk seketika dan menjadi lebih likat
dan
mulakan proses menggulung
PETUA:
disarankan guna kulit popia besar agar lipatan dapat digandakan
untuk mengelakkan kulit popia pecah semasa menggoreng
.
.
korang gulung la popia tu sampai selesai
Jangan gelakkan popia jaja
yer ! yer !..tau dah... tak cantik....:p
.
.
Masukkan popia kita kedlm peti sejuk selama satu jam
dan kemudian boleh la digoreng
Ni lah rupanya
walaupun rupanya tak seberapa..tapi rasanya wallahhhhhhhhh!!!
Jaja lebih suka makan popia ni macam tu je..tanpa pencicah.
tapi kalau korang suka..bleh la buat sos cicah tu...
Akhirnya sempat juga popia jaja ni siap b4
Eart Hour
takyah la menyuap popia ke mulut dlm keadaan gelap :p
During the 60 min Eart Hour :p

Saturday, March 27, 2010

Kempen Earth Hour

Assalamualaikum semua...
Jangan lupa malam ni okey...
dari kul 8.30 mlm hingga 9.30 malam
kita sama2 support kempen Earth Hour ni okey
Happy Earth Hour :p

Friday, March 26, 2010

Pra ~ Majlis Mesyuarat PIBG

Assalamualaikum
hari ni a bit penat and buzy
maklum la esok kat sek jaja ada mesyuarat PIBG
cikgu semua bz dengan bahagian tugas masing2
termasuk la jaja
Dan untuk sekelian kali nya..jaja kena bahagian backdrop dengan kak midah
tu lah bahagian yg jaja selalu kena..
kalau tak backdrop..kena wat buku program
sampai naik bosan dah
Tapi takpela...jgn kena bahagian makanan atau hadiah cukup
yang tu lagi la penat
*
*
Sampai je sek pagi td
jaja terus ke lab untuk siapkan wording2 yg nak tampal
jaja print wording,bebudak ni tolong gunting
mujur la bebudak ni bleh harap
bagi upah sket...senyum la

sampai senget2 kupiah ko izroy...
khusyuk bebenor menggunting
Partner jaja kak midah plak bz dah start menampal backdrop kat dewan
time ni jugak la ramai student2 yg akan rajin tolong cikgu
pandai korang ek..ngelat tak nak masuk kelas

Masa ni kat dewan cikgu2 terlibat bz dengan anak2 murid nak siapkan kerja masing2
tak la kalut esok kan..
jaja ngan kak long
kak long atau merangkap guru penasihat persembahan
jaja ngan kak midah yang sempoiiiii
kak ina dengan bebudak dia
sibuk siapkan perhiasan pentas
jaja tgk kak ina ni kemain lagi mengangkat pasu segala
rupa2nya lepas tu baru dia cakap
dia baru je 'lekat'
sabar je la..dah la angkat pasu berat2
Dah macam boyer yg mengintai mangsa jaja tgk kak ina time ni..
Ni plak geng2 persembahan
tiap2 tahun muka kau orang je la yg nyanyi
si minah tu kemain lagi menyumbangkan suara
tapi dlm kelas jaja,dia la yg selalu kena denda sbb slalu tak reti nak jawab math
Pantang tgk camera korang ni
Kalau dah tak tau nak buat apa
gini la gayanya
menda la ko buat tu Bascha oiiiii
*
*
Lepas berhempas pulas
siap jugak la semua kerja b4 waktu balik kul 12 td
tak kuasa jaja nak dok lama2 kat sekolah
Semua dah siap!!
Ni dia rupa backdrop nya
simple je
kak midah cakap tak yah la nak hias beria
janji apa yg sepatutnya tulis ada,cukup la...

Meja pendaftaran untuk para ibu bapa dan guru esok
Semua dah settle ...jam pun dah pukul 12.30
bleh la berangkat pulang
esok hari sabtu semua orang rileks kat umah
jaja kena gi sekolah lagi...huwaaa!!!!
*
*
Ni baru pra majlis
untuk post majlis....nantikan esok okey..!!!

Thursday, March 25, 2010

Tepek Emas Dimuka?? biar betul ???

Assalamualaikum
Hari ni sekolah jaja cuti peristiwa
Ada YB datang untuk penyampaian geran untuk peneroka2
guna plak dewan sekolah kitorang
maka bercuti lah kitorang hari ni....
Best jugak..time orang semua kalut2 nak gi sek
kitorang jeling2 menja je sambil lepak2 atas katil..hehhehe
Dikesempatan cuti ni jaja amik peluang gi gym time pagi2
best sket...tak panas macam petang2
Balik dr gym
jaja merewang jap ke Giant
hajat hati nak beli segala kelengkapan bilik air
shampoo,shower gel,ubat gigi,pencuci muka
semua dah sampai paras2 bahaya dah..heheh
*
*
*
Kat giant,capai bakul hijau tu..terus ke bahagian toileteries
bakul dah sedia..terus tibai
bedak baby,ubat gigi,berus gigi,shower gel,shampoo
baby oil,pad,panty liner
dan last sekali pencuci muka...
Bab pencuci muka ni sebenarnya
jaja tak tau nak guna produk apa nak bagi kulit putih berseri tanpa kesan jerawat
nak kulit tegang dan anjal je
sebelum2 ni jaja dah guna tiga empat produk..tapi jaja rasa sama je...
tak nampak perubahan yang ketara
masa dok belek2 pencuci,dtg la sorang amoi ni
dok promote jaja satu produk ni
SAFI RANIA GOLD
kalau dalam iklan kat tv tu
model nya si Catriona Ross tu
( mana tau kot2 pas ni kulit jd putih gebu mcm Cat plak ke)
*
*
Lepas amoi tu bla bla bla lebih kurang citer pasal produk
jaja pun pk..." why don't i give a try"
mana tau kot2 produk ni kena plak ke dengan kulit muka jaja
Packaging produk ni memang menawan la..
kaler gold gitu
lagi pun produk ni menggunakan formula Nano Emas 24K
bukan susuk emas okey !!
:p
Skang ni tengah ada promotion untuk barangan Safi Rania Gold
Set siang @ set malam
Set siang mengandungi pencuci muka,penyegar dan juga serum
manakala
set malam plak mengandungi pencuci muka,penyegar dah krim malam
untuk melengkapkan set siang jaja
jaja beli jugak krim pelembap siang dan juga krim kecantikan
Pencuci Muka
Ia membersihkan kulit daripada kotoran, habuk dan daki selain membantu menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit segar sepanjang hari.
Penyegar
Ia dirumus dengan air mawar bagi membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas membasuh muka.
Serum
mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus
Cara menggunakannya mudah sahaja :
Cuci muka menggunakan pembersih wajah
sapukan penyegar
sapukan serum disekeliling muka
sapukan pelembap
dan akhir sekali
gunakan krim kecantikan yang juga bertindak sebagai alas makeup....
Serba sedikit berkaitan produk Safi Rania Gold

Safi mengeluarkan produk yang menerapkan partikel nano emas 24k dalam rangkaian produk penjagaan kulit terbarunya – Safi Rania Gold.
Produk ini selamat, berkesan dan disahkan halal
Emas terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan kedalaman kedutan.
Ia meningkatkan keanjalan kulit dan memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.
Emas juga merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat, tegang dan awet muda.
Produk ini mengandungi protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah dan memulihkan kesegaran wajah.
Safi Rania Gold Serum mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus.
Dalam hanya tiga minggu, kulit cerah berseri.
Safi Rania Gold membawakan pelbagai produk antipenuaan untuk tujuan kecantikan kulit
(ehsan oleh Cik Gugel)
*
*
*
Harap2 lepas 3 minggu nampak la perubahan nya ek...
So, dah bleh amik jaja jadi duta produk tak rasa2nya ?????

Tuesday, March 23, 2010

Rindu Kat Budak Tembam ini...

Assalamualaikum
malam ni teramat la boring
tak tau apa nak buat..dok godek2 blog,sama je rasanya
idea plak tak datang2 nak tulis apa kali ni
Bengang ngan FB satu hal jugak
dah berhari2 try nak upload gambar tak lepas2..
naik bosan dah..hentak laptop ni kang
puas plak berganti..maklum la..harta kerajaan.
hhehhe
Tetiba teringat kat
2 orang anak buah kesayangan ni..
diaorang anak adik jaja yg kedua yg dok kat Seremban
lama dah tak jumpa..last sekali time raya hari tu je...
Layan je la gambo2 aksi manja minah tembam ni
Fatin Nur Diana :p


Nak je gigit2 minah ni
gambar ni gambar tahun 2008
skang ni si fatin dah makin besar dan tembam
baru2 ni adik jaja bagi tau
yang Fatin dah kena warning ngan doktor
sbb dia dah masuk kategori obes dikalangan kanak2
mak bapak korang ni bagi makan apa lah ni...
bayangkan la baru 4 tahun berat dah 20KG++
*
*
Si pacak ni plak
adik dia
Muhammad Hadi Zarkashi
mata buntang macam telor goreng mata kebau...
*
*
*
*
Malam yang Boring !!!

Monday, March 22, 2010

Potret Kartun ::Jaja'Z::

Assalamualaikum
Kelmarin ada terbaca kat blog AI
pasal anak sulong dia buat potret kartun muka sendiri
masa kat PWTC ari tu
bila ingat2 semula..jaja rasa masa tengah bercintan cintun dulu
kitorang berdua pun pernah
buat potret kartun ni
tapi time tu hubby tak tau pun
gambar yang dilukis pun,jaja bantai bagi gambo kitorang yg asing2
kebetulan time tu memang takde dlm simpanan pun gambar berdua dlm purse ni
belek punya belek kat dalam bilik stor tu
akhirnya
jumpa jugak dengan menda alah ni
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Presenting.......
Potret kartun kitorang..takde langsung gaya muka jaja ngan zack
kat sketch ni
abang yg lukis ni mata dia ada ketumbit kot..
lain bebenor jadinya..hehhehehe
*
*
*
*
*
*
Selain daripada tu
jaja nak ucapkan terima kasih gak kat si AI tu
sebab bagi award ni kat jaja
suka sangattttttt..walaupun kena amik sendiri award ni
tapi tak kisah la...
this is my first ever award yg baru dapat...
harap2 lepas ni dapat banyak lagi la ek..amin
TQ ek :P

Sunday, March 21, 2010

Gloria Sunday.... :p

Assalamualaikum
Happy sunday u allsssssss
dah nak habis hari ahad baru jaja terkedek2 nak wish happy sunday kan
apa la jaja ni..patutnya pagi2 td lagi dah wish
Nevermind la...
So, apa xtvt korang hari ni??
bershopping? housekiping? camping? lepak-ing?
cooking? boring?????
Mine?? macam biasa2 je...
pagi tadi jaja ke surau bersama kakak jiran sebelah umah
seperti kebiasaan setiap ahad akan ada kuliah agama disurau taman jaja ni
alhamdulilah hari ni dapat jaja hadirkan diri ni
dapat la jugak tambah2kan lagi ilmu pengetahuan ttg agama ni
tak lama pun, satu jam je
*
*
Balik dari surau baru kul 10.15 pagi
hubby plak dah ke tempat peliharaan ayam dia
umah dah kemas,kain dah sidai
nak masak..masih awal lagi
so, jaja memulakan la xtvt baru jaja
hehehhehhe
XTVT men'scan' gambo2 ......
Ni scan kak syam
jiran jaja juga merangkap cikgu sek jaja jugak
sejak dapat tau dia ada scanner,terus jaja pinjam
apa lagi..scan la segala gambo mana yg ada
gambo dulu2...
Sampai sakit pinggang2 ni dok scan gambor...
but really fun..mengimbau kenangan2 lama
time dulu2 badan tak la setambun macam skang ni...syok je tgk
Habis album2 lama dalam kotak kat stor tu jaja godek2 bawak kuar
dr gambo zaman sek,zaman kat UUM,zaman memula kerja...
banyak sangat kenangan
dan harus la dikenang semula
dan jaja pun ada nak berkongsi gambar masa kat UUM
dengan seseorang..psssttt...orang jauh nun kat SPAIN...
'u know who are u'
nanti jaja share gambar2 tu kat blog ek...
*
*
Scan punya scan
sampai la ke pukul 1.30 tgh hari
rasanya kena stop dulu la...dah kena start masuk dapur
buatnya hubby tetiba balik plak kang,tak masak plak lagi..naya je :p
Godek punya godek periuk hari ni...
maka terhasil lah
menu hari ni
Stir Fried Seafood in Tamarind Gravy

PEHHHHH !!!!
nama masakkan macam bagus je....
nama kampung nya...
seafood goreng dengan sos asam jawa berkunyit
resipi nya..nanti jaja tepek kemudian ek...:p
bukan best mana pun..hehehhe
tak bleh lawan lagi
Sotong Katak Bakar kat Spain tu..
ehhehehe
*
*
*
Blah petang plak jaja start perabiskan
marking paper exam bebudak ni
memang tak lalu la nak buat awal2..
mood memang takde
mengadap plak jawapan2 yang tak berapa menarik mata ni nak menanda...
lagi la melambatkan proses menanda tu...
berbekal kan segelas besar air
untuk hilangkan keboringan
See ?? my three layer drink....
sapa bleh teka air apa ni...???
takyah pening2 pk okey.....air milo 'o' bernestum...
hahhahah
yang terapung blah atas tu..nestum la tu...
*
*
*
Time tengah khusyuk2 menanda tu
tetiba ada plak orang memanggil kat blakang umah
"jaja...ooiiii jaja"
"jajaaaaaaa"
*
*
*
rupanya akak sebelah umah
alhamdulillah..rezeki dipetang hari
maka dapat la sepiring kuih seri muka
Tersangat la sedap nya....
ikut hati memang nak habiskan sepinggan
tapiiiiiii
dapat rembat seketul je..kalau tak,lari la diet jaja
lepas makan kuih tu..muka terus je jadi berseri..
"TING !!!"
hehehhehehehehhehehehheheh
*
*
*
*
Kejap je habis seminggu cuti sekolah
mula la rasa liat je nak gi sekolah esok...
bermula balik la rutin bangun awal2 pagi..
adoi laaaaaaa
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzz............

Related Posts with Thumbnails